Isnin, 15 Mac 2021

PERLUKAH KITA PANAH DUA MALAON INI ?

 

PERLUKAH

KITA PANAH

DUA MALAON INI

UNTUK MEMBERI

PENGAJARAN?

 AMIN

GUA RASA 

TAK PERLU

 AMIN 

YANG WAJIB

BERI 

PENCERAHAN 

AMIN

 BIASANYA SOSOK

YANG GANAS 

PADA BINATANG 

AKAN JUGA GANAS

 PADA ANAK ISTERI 

DAN JIRAN

AMIN



Polis tahan dua lelaki berkaitan kes panah anjing liar

POLIS berjaya menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian membunuh anjing liar dengan cara memanah haiwan berkenaan di Seberang Jalan Putra, petang tadi. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar telah menahan suspek pertama yang berumur 30-an di satu lokasi di Jitra.

“Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu telah ditahan pada pukul 4.00 petang. Siasatan lanjut telah membawa kepada rampasan dua busur pemanah, satu tabung pengisi anak patah dan 21 anak patah di rumah suspek di Mergong, di Alor Setar.

“Sejam kemudian, polis berjaya menahan seorang lagi suspek berumur 20-an yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu. Dia ditahan di tepi jalan di Kampung Hilir, Kepala Batas dekat sini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ahmad Shukri berkata kedua-dua lelaki itu telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk siasatan di bawah Seksyen 29(1)(E) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 45 Akta Binatang 1953.

Terdahulu, polis menerima laporan daripada seorang pengadu yang melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung tindakan seorang individu yang memanah anjing liar sehingga mati, yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook.

Rakaman yang tular di media sosial itu menunjukkan seorang lelaki memanah anjing liar antara pukul 4.21 dan 5.26 pagi, Khamis lepas. – Bernama, 14 Mac, 2021.

ANJING LIAR

MEMANG BANYAK

AMIN

ADA BAWA 

MASAALAH

AMIN

PASTI ADA CARA

MENYELESAI

AMIN

SALAH SATU

CARA INILAH

JANTAN POTONG 

TELOR

YANG BETINA

POTONG URI

KHALAS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan panah! Ini dua binatang, kita tanggalkan pakaian, campak masuk lokap dengan sekumpulan anjing selama 7 hari.