Isnin, 1 Mac 2021

SOMBRERO - SEMBRONO

 


SOMBRERO 



Wahai Para 

Pembacha Tukartiub

 Yang Budiman

Sekiranya sesorang itu memakai topi Mexico yang terlalu besar bagi kepalanya, maka keselurohan kepala nya akan jerlus kedalam topi atau *sombrero* tersebut.  Dia tidak dapat melihat atau mendengar persekitarannya.

Begitulah seseorang yang diberi jawatan yang terlalu besar umpamanya menteri atau ketua sesebuah jabatan  yang diluar keupayaannya. Dia akan mula berkelakuan dan  berchakapan bodoh. Tidak ketahuan hala.

Namun kerana orang Melayu dulu2 tak kenal akan Topi Mexico atau Montoya, kelakuan  seseorang yang dapat jawatan atau kerajaan yang di luar kemampuan akal dan tahap amanahnya disebut bukan sombrero tapi *sembrono*.

Bukan berperangai  chara Abah tapi gegabah!



Tiada ulasan: