Selasa, 27 April 2021

BACA DENGAN FIKRAH KRITIKAL

 


BACA DENGAN

FIKRAH KRITIKAL

Unknown commented on 

"TERUSAN SUEZ - 

APA SEBENARNYA TERJADI ?"

Oleh kerana engkau sudah mengikuti siGuo ni, ada satu perkara yang kena ikut...akal fikiran secara kritikal dan logik mesti on, sentiasa. Ada cerita nya susah utk diconfirm, sebab dia sahaja sumber nya...ada setengah cerita boleh ditentukan dengan melihat tempias dari sumber lain. Namun, apa yang cuba disampaikan disini ialah, bolehkah winnie-the-pooh pergi berperang?



 Apakah maklumat mengenai tahap kebolehan tentera pkc? Kalau tengok berita, hebat. Begitu kah? Sebab nya ialah bila dah ikut orang yang arif dengan selok-belok ketenteraan dan seni peperangan, maka, selain dari aksi acah mengacah, pkc ini lebih kepada indah saja dari rupa. Bagaimana dengan dinamik dipihak atasan ketenteraan pkc? Selain menjadi tukang pukul besar, pernah kah mereka mengalami pengalaman berperang? Apakah peralatan mereka betul-betul boleh berfungsi? 



Macam proton, sampai sekarang mereka tidak dapat membina injin yang boleh mencabar kuasa besar dalam pesawat perang generasi terkini, walaupun tiru bulat-bulat dari jiran utara mereka. Nampaknya si Guo tu sedang membuka cerita dalaman mengenai apa yang berlaku didalaman pkc... Selain ode dunia baru, kejatuhan pkc juga dinantikan, malah tanda-tanda sudah nampak...

Tiada ulasan: