Khamis, 15 April 2021

BERITA POTONG STIM

 

BERITA POTONG

STIM

AMIN

TAPI NIAT BAIK

AMIN

WAJIB SOKONG

KHALAS


Tiada rentas negeri untuk Aidilfitri, cadang Kementerian Kesihatan

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mencadangkan tiada kebenaran untuk rentas negeri bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan depan, kata menterinya Dr Adham Baba.

Katanya, pihak kementerian mengusulkan aktiviti rentas negeri ditangguhkan kerana penularan Covid-19 masih di tahap membimbangkan, termasuk kemunculan varian baru pandemik.

KKM mengusulkan perkara itu biarpun banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri, katanya.

“Sepertimana kita sedia maklum, kebanyakan negeri ketika ini masih di bawah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) sehingga 28 April ini.


“Memandangkan kes harian masih meningkat dan belum stabil, maka pergerakan ini perlu ditangguhkan. Program vaksinasi (Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan) pun masih dijalankan,” katanya seperti dipetik oleh Bernama.

Umat Islam yang sedang berpuasa dijangka menyambut hari raya pada pertengahan Mei.

Pada Sabtu lepas, menteri kanan keselamatan Ismail Sabri Yaakob berkata KKM diminta untuk membuat pengumuman lebih awal berhubung status aktiviti rentas negeri untuk perayaan Aidilfitri.

Katanya, KKM lebih maklum mengenai kesesuaian kebenaran rentas negeri kerana mereka yang membuat penilaian risiko.

Beliau berkata tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas 31 kluster baharu dikesan melibatkan pergerakan rentas negeri sebelum ini.

Kebenaran rentas negeri ditarik balik apabila kerajaan mengenakan perintah kawalan pergerakan sekali lagi bermula Januari lalu.

Dr Adham sebelum ini berkata pihaknya melihat enam petunjuk berhubung penularan Covid-19 untuk membuat keputusan masa yang sesuai bagi membenarkan semula pergerakan rentas negeri.

Enam petunjuk ialah laporan kes positif harian, kes sembuh dan discaj, trend serta kadar kes kebolehjangkitan, kadar jumlah kematian, keupayaan katil dan unit rawatan rapi (ICU), serta situasi semasa petugas kesihatan.

Ketika itu beliau berkata Kementerian Kesihatan meneliti pandangan pakar supaya perjalanan rentas negeri dibenarkan selepas minggu kedua Aidilfitri iaitu selepas majoriti kumpulan rentan menerima suntikan vaksin.

Katanya, apa saja keputusan kerajaan mengenai perkara itu adalah bagi memastikan ia tidak mencetuskan jangkitan dan penularan baharu. – 15 April, 2021.


TAPI.. TAPI APA?

JENG JENG JENG

JANGAN GUNAKAN

MAT KOBID

UNTUK SAMBUNG

DARURAT 

AMIN

TAPI

GUNAKAN DARURAT

 UNTUK  HAPUSKAN

 MAT KOBID

AMIN



Tiada ulasan: