Ahad, 11 April 2021

DATUK DATIN DARI MANA?

 

DATUK DATIN 

DARI MANA?

AMIN

JUAL DADAH DAPAT

DATUK DAN DATIN

AMIN

KERAJAAN MANA

BERI GELARAN

KAH KAH KAH

INI MESTI

SULTAN MELAKA

PUNYA ANGKARA

KAH KAH KAH

AMIN


Pasangan Datuk, Datin ditahan terlibat sindiket dadah

PASANGAN suami isteri bergelar ‘Datuk dan Datin’ antara sembilan individu yang ditahan polis dalam enam serbuan berasingan di dua negeri pada Rabu dan Khamis lepas (7 dan 8 April) dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman DCP Zainudin Ahmad berkata ‘Datuk’ itu dikenali sebagai ahli perniagaan berusia 59 tahun.

“Polis merampas sebanyak 12.24 kg syabu, 6.61 kg pil ektasi dan 420 gram ketamin serta tiga buah kenderaan mewah juga barang kemas, kesemuanya dianggarkan bernilai RM1.39 juta.

“Kumpulan ini yang ditahan hasil operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Selangor dan Johor itu, dipercayai aktif menjalankan pengedaran dadah sejak pertengahan bulan September 2020,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, di Batu Pahat hari ini.

Beliau juga percaya sindiket itu menjadikan perairan di sekitar pantai barat Johor termasuk di Batu Pahat untuk membawa keluar dadah berkenaan bagi pasaran di Indonesia.

Daripada sembilan ditahan, seorang didapati positif dadah dan lima daripadanya mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah termasuk ‘Datuk’ yang pernah dipenjara selama lima tahun, sebelum ini, juga berkaitan dadah.

Kesemua suspek warga tempatan berusia antara 22 hingga 59 tahun itu, ditahan reman selama tujuh hari sehingga Rabu depan untuk siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Zainudin berkata kumpulan sindiket itu dipercayai mempunyai kaitan dengan tangkapan pihak berkuasa negara Taiwan, bulan lepas, melibatkan pengedaran dadah antarabangsa.

“Tiga warga Malaysia dan empat warganegara Indonesia ditahan di perairan Taiwan dengan rampasan dadah membabitkan dadah jenis ketamin seberat 281 kg dengan anggaran nilai sebanyak RM15 juta,” katanya.

Susulan itu, pihak berkuasa Taiwan telah menghubungi pihaknya mengenai tangkapan berkenaan dan hasil siasatan mereka mendapati kesemua individu terbabit mengaku mempunyai kaitan dengan kumpulan di Malaysia ini.

“Polis kini sedang giat mencari saki-baki ahli kumpulan ini yang dipercayai menjadi perantara berdasarkan modus operandi mereka menggunakan jalan laut untuk menyeludup keluar dadah,” katanya.– Bernama, 11 April, 2021.


DATUK DATIN

BERSEPAH SEPAH

KAH KAH KAH

BOLEH BELI

SEMANGKOK

TIGA PULUH SEN

KAH KAH KAH






1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Dulu sekolah gwa ambik budak yg jahat jadi sebahagian drp pengawas ..tujuan nye supaya pengawas ini jadi baek dan dpt nakutkan budak2 jahat yg lain. Sekarang ni ramai penyamun dan penyangak ada Latok dan Latok Seli ..Tan Sri pon ada ..Tun pun ada ..kahkahkah. Ialah yang bagi Latok pon 2X5 je ..esok ya ampoon ni nak ninggok anak bulan ..