Rabu, 14 April 2021

KACANG ? KACANG SAPA?

 

NAJIB MAKAN

KACANG

AMIN

DON PLAY PLAY

KAH KAH KAH 



RM42 juta macam 'kacang je' bagi Najib, kata pendakwa

MAHKAMAH Rayuan hari ini diberitahu dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang digunakan oleh Najib Razak macam ‘kacang je’ bagi bekas perdana menteri itu.

Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc V Sithambaram berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim diketuai Hakim Abdul Karim Abdul Jalil dalam pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana penyalahgunaan RM42 juta dana SRC International.

Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Sithambaram berhujah (penggunaan) wang sebanyak RM42 juta itu macam ‘kacang je’ (mudah diperoleh) bagi perayu (Najib) yang sebelum itu mengambil RM2.6 bilion sumbangan.

“Dalam kes ini, Najib mempunyai kawalan penuh ke atas syarikat (SRC) dan apabila beliau memerlukan wang, beliau mengambilnya. Yang Arif, sebelum itu, beliau telah mengambil RM2.6 bilion, ini hanyalah ‘kacang je’ baginya,” kata Sithambaram dengan suara yang tinggi. 

Tahun lalu, Najib memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang beliau menerima RM2.6 bilion sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi antara 2011 dan 2014.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada Najib dan memerintahkannya membayar denda RM210 juta setelah mendapati dia bersalah atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. 

Pendengaran rayuan itu bersambung.  – Bernama, 14 April, 2021

BIJI KACANG

MILIK SAPA

KAH KAH KAH

KACANG  BIK MAMA

ATAU

KACANG ALTANTUYA

ATAU

KACANG SLIM

MILIK ZIANA 

KAH KAH KAH 



2 ulasan:

DatoPidi berkata...

Yg ada kacang Tok Sheikh la jilake.
Big mama, jiana kain, tuntuya bijik ada la.

Tanpa Nama berkata...

Jangan sampai mati tecekuk kacang