Selasa, 18 Mei 2021

BERAT MAKIN BERAT

 



WARGA WAJIB

HATI HATI

AMIN

JANGAN JADIKAN

LOMPOUN KOBID

SEBAGAI PUNCA

PENDAPATAN

KERAJAAN

AMIN





28 individu lepak di Persiaran Karpal Singh dikompaun RM5,000 seorang


GEORGE TOWN – ‘Beranak tidak berbidan’. Itu perumpamaan sesuai diberikan terhadap 28 individu yang dikompaun susulan melepak di Persiaran Karpal Singh di sini semalam.

Kesemua mereka berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu dikompaun RM5,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP)Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kompaun itu dikeluarkan ketika sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut melakukan pemeriksaan pada jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mereka yang dikompaun terdiri daripada 24 warga tempatan manakala empat lagi warga asing.


“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua individu itu duduk serta bersembang tanpa sebarang urusan mustahak.

“Mereka sepatutnya berada di rumah ketika PKP,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Soffian, kes disiasat mengikut Peraturan 4 (Kawalan Pergerakan) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Mereka juga boleh dikenakan hukuman kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan 17 peraturan yang sama iaitu kompaun RM5,000 seorang berdasarkan nilai kesalahan yang ditetapkan.


“Warga asing terbabit juga turut disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen,” katanya. – 

 

NAK REHAT

DIMANA KALAU

FLET KECIL

AMIN

SAKIT KEPALA

YANG MAKIN

SAKIT

AMIN



Tiada ulasan: