Isnin, 31 Mei 2021

BERITA BERAT YANG JAHAT

 

BERAT 

MAKIN BERAT

AMIN

KALAU MACAM  INI

MAKIN RAMAI

TAK YAKIN

DENGAN VAKSIN

AMIN



Vaksin mungkin kurang berkesan tapi mampu kurangkan risiko, kata wakil WHO

VAKSIN Covid-19 mampu mengurangkan risiko pesakit mengalami sakit yang teruk walaupun tidak 100% berkesan mengekang jangkitan virus itu, kata Dr  Lo Ying-Ru Jacqueline.

Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Malaysia, Brunei dan Singapura itu berkata jangkitan Covid-19 masih boleh berlaku walaupun selepas mengambil suntikan vaksin.

“Ini sebabnya kami menyarankan mengambil langkah kendiri. Anda perlu melindungi diri dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial walaupun selepas mengambil vaksin.

“Namun risiko anda untuk mengalami sakit yang teruk lebih rendah,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Anda masih boleh dijangkiti walaupun telah mengambil vaksin. Kita tidak tahu berapa lama vaksin ini akan berkesan. Ini merupakan pandemik baharu dan tempoh pemantauan antara 8 hingga 10 bulan.

“Terdapat banyak kajian untuk menilai tempoh dan keberkesanan vaksin,” katanya.

Beliau juga memaklumkan tentang keperluan untuk mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan supaya lebih ramai mendapat vaksin.

Beliau menyedari isu rantaian bekalan vaksin yang menjadi masalah satu dunia dan bukannya Malaysia sahaja.

Katanya situasi kini berubah kerana vaksin Covid-19 sudah tersedia selepas setahun setengah pandemik itu berlaku.

Kebiasaannya ia mengambil masa puluhan tahun untuk membangunkan vaksin dan membawanya ke pasaran.

“Dan proses vaksinasi semua penduduk dunia akan mengambil puluhan tahun,” katanya.

Beliau berkata tahap pengeluaran vaksin sudah ditingkatkan dan Malaysia berjaya mendapatkan bekalan untuk sekurang-kurangnya 80% daripada populasi dewasa.

Katanya amat penting untuk meningkatkan kumpulan vaksinasi secepat mungkin bagi melindungi penduduk daripada dimasukkan ke hospital dan maut.

Dr Lo berkata program itu akan berjalan dengan lebih cepat apabila bekalan tiba.

Namun katanya perkembangan itu bergantung kepada kadar pengambilan dalam kalangan penduduk.

“Tiada gunanya jika vaksin hanya disimpan dalam peti sejuk,” katanya sambil menggalakkan orang ramai untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin.

Pada 28 Mei, seramai 73,776 individu telah menerima vaksin dengan pecahan 46,446 dos pertama dan 27,330 lengkap dua dos.

Jumlah keseluruhan mereka yang menerima vaksin adalah 2,786,152.

Daripada jumlah itu, 1,771,810 telah menerima suntikan pertama dan 1,014,342 lengkap dos kedua.

Lebih 11 juta individu telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin. – 31 Mei, 2021.

PENERANGAN

PENCERAHAN

AMAT AMAT

DIPERLUKAN

AMIN

RAKYAT BERTANYA

APA TUJUAN

VAKSIN INI?

AMIN

NAK JUAL UBAT

ATAU

NAK BAGI 

UMAT MANUSIA

SELAMAT

AMIN



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

soalan yang salah.. soalan yang betul sampai bila kita bergatung pada vaksin luar.. kenapa tidak kita keluar vaksin sendiri.. apa bodoh sangatkah doktor dan saintis malaysia ?

Tanpa Nama berkata...

Internet dah banyak maklumat tentang vaksin kobid dari pakar-pakar Amerika, WHO, England dll. Tapi kalau tak fasih bahasa England, susah nak paham.

Pokoknya, vaksin sekarang tak akan buat orang kebal kepada virus kobid. Cuma kalau dah vaksin dan kena juga kobid, kau tak akan mati, tak akan hilang separuh paru-paru, tak akan sesak nafas masa entot. Kalau dah vaksin, pasangan kau tak senang jangkit kau masa entot, tak kira depan, belakang, up atau down.

Kalau malas nak cari layar internet cari maklumat, tak payah ambil vaksin. Tunggu jangkitan, lepas itu minum air suam atau air jampi.

Kalau masih bebal tak nak ambil vaksin, it is ok. Malaysia ada kebebasan tak nak ambil vaksin. Kau nak mati, nak paru-paru masuk air, nak tengok orang entot, it is your bisness. Tapi duduk rumah, jangan keluar merebak virus. Jangan bawa padah kepada orang lain.

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/keythingstoknow.html

https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/coronavirus/covid-19-vaccine-what-you-need-to-know