Isnin, 31 Mei 2021

CARA UNTUK SELAMAT



 


C.U. J


CARA UNTUK

SELAMAT

JANGAN JADI

BEBAL



Tiada perintah berkurung tapi duduk rumah lepas 8 malam, saran menteri

ORANG ramai dinasihatkan untuk berada di rumah selepas pukul 8 malam bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 walaupun perintah berkurung tidak dilaksanakan sepanjang tempoh dua minggu sekatan pergerakan penuh, kata menteri keselamatan.

Ismail Sabri Yaakob berkata hanya beberapa perkhidmatan perlu seperti hospital, klinik dan farmasi dibenarkan beroperasi selepas pukul 8 malam dan lain-lain sektor ekonomi ditutup selepas waktu itu.

“Apabila semua aktiviti perniagaan ditutup pukul 8 malam, kita mengharapkan orang ramai berada di rumah selepas waktu itu walaupun perintah berkurung tidak dilaksanakan.

“Saya berharap orang ramai tidak keluar selepas pukul 8 malam kerana tiada aktiviti perniagaan beroperasi selepas waktu itu,” katanya pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh dengan hampir semua akvititi ekonomi ditutup selama 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Walaupun orang ramai dibenarkan berjoging dan bersenam di kawasan terbuka, tetapi mereka perlu menjaga jarak sekurang-kurangnya 2 meter.

Ismail Sabri berkata aktiviti itu bagaimanapun hanya dihadkan setakat pukul 8 malam.

Beliau percaya strategi untuk meratakan lengkungan kes Covid-19 mampu dicapai dengan penutupan kebanyakan sektor industri dan perkilangan selain mengehadkan pergerakan orang ramai.

Katanya usaha itu boleh dicapau dengan 80% penjawat awam dan 40% pekerja swasta akan bekerja dari rumah.

“Sasaran kita adalah mengurangkan pergerakan. Dengan ini, kita boleh mengurangkan pergerakan 15 juta penduduk kepada 1.5 juta sahaja,” katanya. – 30 Mei, 2021.



KITA

BANTU

KITA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berita sampai .. jangan tunggu sms.. jangan tunggu berita dari telepon cokia .. mohon yang pakai cokia ganti semat fon.. cepat dan tuntas.. terima kasih ronal reagan.. terima kasih kapitalis.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

TT, aku tak paham ni. Virus kobid tahu ikut jam ke? Baru keluar merebak lepas 8 malam? Sebelum jam 8, virus lepak kat rumah tak merebak? Negara lain, kalau perintah berkurung, makna berkurung 24 jam.