Selasa, 25 Mei 2021

JANGAN LETAK JAWATAN

 

 JANGAN JANGAN

LETAK JAWATAN

AMIN

LETAK JAWATAN

BUDAYA KAPIR

BUDAYA HINDU

AMIN

MENTERI YG

BERTANGGUNG

JAWAB WAJIB 

KEKAL

AMIN

JADIKAN 

KEMALANGAN INI

POSITIF

KHALAS 



Janganlah suka 'provoke' kata Tajuddin berhubung gesaan beliau letak jawatan 

PENGERUSI Prasarana Tajuddin Abdul Rahman hari ini membidas kritikan terhadapnya yang menggesa beliau meletakkan jawatan susulan insiden kemalangan LRT malam tadi.

Beliau dikritik kerana tidak hadir ke lokasi kejadian di Kuala Lumpur yang setakat ini menyebabkan 213 orang cedera manakala enam lagi kritikal.

Tajuddin berkata beliau berada di Subang, Selangor atas urusan kerja dan hanya menerima laporan mengenai insiden itu agak lewat.

“Ketika saya tahu (mengenai kejadian itu), saya putuskan untuk datang pada waktu pagi. Begitulah seriusnya saya.

“Jangan lah suka ‘provoke’, apa gunanya?” katanya kepada pemberita ketika melawat stesen LRT KLCC hari ini.

Terdahulu hari ini, Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM) menggesa Tajuddin meletakkan jawatan susulan insiden itu.

Pengerusi 4PAM Ajit Johl berkata Tajuddin yang juga ahli politik veteran Umno, perlu berundur dengan serta merta.

Ajit berkata kemalangan itu satu isu serius dan 4PAM sentiasa menyuarakan tentang keselamatan penumpang sejak tujuh tahun lalu.

Tajuddin berkata walaupun beliau tidak hadir, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong dan CEO Prasarana Norliah Noah hadir ke lokasi kejadian.

“Apa yang penting kita menjaga kebajikan penumpang. Kita tidak mengabaikan tanggungjawab kita,” katanya.

Mengenai keadaan pemandu LRT, Tajuddin berkata mangsa mengalami kecederaan ringan dan masih dirawat serta akan disoal siasat tidak lama lagi.

Dalam insiden itu malam tadi, dua tren LRT bertembung di laluan bawah tanah antara stesen KLCC dan Kampung Baru di Kuala Lumpur mengakibatkan 166 cedera manakala 47 lagi parah.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital berhampiran.

Terdahulu hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata enam penumpang yang terbabit dalam kemalangan itu kini berada dalam keadaan kritikal, tiga daripadanya erpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Selain enam yang kritikal, 15 penumpang mengalami kecederaan semi kritikal sementara 43 lagi tidak kritikal, katanya. – 25 Mei, 2021.

 POSITIF

MACAM MANA

AMIN

WOIT 

ADA KONTREK

REPAIR

KAH HAH KAH

ADA KONTREK

BELI KOCH BARU

KAH KAH KAH

TERUS FIKIR

POSITIF 

AMIN

TAK DATANG

 LAWAT TEMPAT

KEMALANGAN

KERANA SEDANG

 HUBUNG  SYARIKAT

ANAK BINI DAN

MEMBER BINCANG

KONTREK REPAIR

AMIN

INI NAMANYA

BUDAYA

 MELAYU ISLAM

KHALAS 




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Naper sya nk letak jawatan?
* sya bukan pilot yg bawa tren tu!
* sya bukan tukang jual tiket tren!
* sya bukan tukang cuci tren tu!
* sya bukan pomen yg repair tren tu!
* sya x kenai sorg pn mangsa2 tu & sya xtau naper dorg naik tren tu ramai2!
* sya bukan sape2 pn,nape sya nk tonggengjawab!?
* sya xda masalah dgn sape2 pn,sya dlm masalah ke skrg?
....eh! Sya ni sape sebenarnya?!!!!

Tanpa Nama berkata...

Songkok senget xpe, masalahnya otak pun senget mcm mana ni TT

Tanpa Nama berkata...

Betul la kata Tajudin. Tak payah provoke dia. Bosan je perhatikan dia. Lantak la di datang malam ke pagi ke . Buat pc tak pakai mask ke. Tengok muka dia selalu pun buat hilang selera je.
Lagi baik kite terus perhatikan Neelofa je. Tengok Lofa masuk mahkamah. Tengok Lofa masuk kereta. Tengok dalam niqab Lofa. Tengok dalam jubah Lofa...opss sorry sorry...jangan jangan itu tak boleh tengok..tak boleh nampak apa2 pon..