Sabtu, 15 Mei 2021

KAIN RENTANG KERAJAAN GAGAL

 


 BUKAN TAK ADA

 APA APA

AMIN

BUKAN 

KERJA BODOH

KHALAS

KAIN RENTANG

KERAJAAN GAGAL

ADALAH

 MANIFESTASI

KEMARAHAN RAKYAT

KHALAS 

INI  KEMARAHAN

 YANG TIDAK 

DISUSUN

AMIN



Kejadian rusuh dan bakar flare di Batu Pahat, Mat Rempit ditahan

BATU PAHAT – Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan polis Johor bagi membantu siasatan susulan insiden merusuh, membakar flare dan menaikan kain rentang dengan tulisan ‘Kerajaan Gagal’ yang tular sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah yang mengesahkan perkara itu memberitahu, pihak polis menerima beberapa panggilan telefon mulai jam 12 pagi hingga 1 pagi melaporkan aktiviti Mat Rempit di kawasan Parit Raja.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Parit Raja dan dipercayai kain rentang yang dinaikkan semasa perhimpunan berkenaan adalah kain rentang yang sama yang digantung di jejantas Jalan Parit Raja menghala ke Ayer Hitam.

“Sehingga kini pihak polis telah menangkap satu orang lelaki (21 tahun) yang dipercayai boleh membantu siasatan polis,” katanya dihubugi ketika MalaysiaGazette hari ini.

Ismail berkata, pada jam 11.04 pagi anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menerima maklumat daripada orang awam melalui telefon menyatakan ada satu kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ telah digantung di Jejantas Jalan Parit Raja menghala ke Ayer Hitam, Batu Pahat.

Susulan itu, beberapa anggota dari Balai Polis Parit Raja telah pergi ke lokasi itu dan mendapati kain rentang tersebut telah diturunkan oleh orang awam.

“Pada hari yang sama lebih kurang 7.36 malam satu laporan polis telah diterima, pengadu menyatakan semasa dia melayari satu laman sosial telah terkesan rakaman video satu perhimpunan, pembakaran flare dan kejadian menaikkan kain rentang yang tertulis ‘Kerajaan Gagal’.

“Kita difahamkan pengadu juga mendapati perhimpunan tersebut tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Polis juga akan mengesan sasi baki individu yang terlibat bagi membantu siasatan terperinci, ujarnya.

Menurut Ismail, tindakan pencegahan dan penguatkuasaan akan dipertingkatkan di daerah Batu Pahat, khususnya kawasan Parit Raja.

Kes disiasat di bawah Seksyen 144, 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.


 KALAU 

MAT REMPIT

DAH BIJAK 

PASANG KAIN

RENTANG

ERTINYA POLITIK

ANAK MUDA

MAKIN SEHAT

AMIN

PERLAWANAN

SEDIA MEMBARA

AMIN

SEMANGAT JUANG

MAHU DIASAH

AMIN

ANAK MUDA

MENUNGGU GERAKAN

UNTUK MEBAWA

PERUBAHAN

KHALAS



1 ulasan:

NKLpunya berkata...

SEDAR LA YANG DUDUK KAT KAYANGAN TU,
MARHAEN YANG DUDUK KAT BAWAH SINI
BUKAN LAGI "STUPID IDIOT" BAGAI LOMBU ATAU KALDAI DICUCUK HIDUNG "YES MAN"...! ARI-ARI CAMTU DAH MAKIN BERAKHIR... MENJADI DINOSAUR KECUALI MEREKA YANG PRIHATIN DAN MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS MASALAH MARHAEN - MASALAH YANG DITIMBULKAN OLEH KLUSTER KAYANGAN...!