JELAS
KENAPA MADEY
DITEKAN HARI HARI
UNTUK
LETAK JAWATAN
AMIN
ADA AJEN ZIONIS
YANG BUAT KERJA
AMIN
EDORGAN
IMRAN MADEY
BUAT KL SUMMIT
AMIN
AJEN ZIONIS
KEMPEN
ANTI MADEY
AMIN
PROJEK TV ISLAM
GAGAL
AMIN
Negara Islam tak guna kekuatan tentang Israel, kata Dr Mahathir
NEGARA Islam tidak menggunakan kekuatan untuk menentang kekejaman rejim Israel kerana mengutamakan kepentingan sendiri, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana itu kesal kerana organisasi perdagangan dan negara Islam tidak dapat menyatakan pendirian bersama untuk menekan Israel.
“Cuma pendirian sahaja. Bukannya pergi berperang. Anda tidak akan menderita apa-apa. Hanya nyatakan pendirian. Cuma satu suara bulat.
“Kita ada OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam), kita ada persatuan negara Arab dan semua itu.
“Apa yang mereka buat? Apa yang mereka kata? Tiada apa-apa,” katanya ketika diwawancara oleh The Malaysian Insight di pejabatnya di Putrajaya.
Beliau percaya sekiranya semua negara Islam itu sama-sama bertindak mengecam dan menekan Israel, usaha tersebut akan memberi kesan.
“Sekarang ini ada yang tak hendak terlibat. Ada yang mengasingkan diri. Ada yang sokong Israel pun ada,” katanya tanpa menamakan mana-mana negara.
OIC mempunyai perwakilan tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), organisasi antara kerajaan paling besar yang menjamin keamanan dan keselamatan negara seluruh dunia.
Badan itu tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan umum untuk menekan Israel ketika negara haram itu giat membedil penempatan Palestin dalam serangan yang memuncak di akhir Ramadan lalu.
Menurut PBB, serangan sejak 10 Mei itu mengorbankan 242 warga Palestin yang terdiri daripada 23 kanak-kanak perempuan, 43 kanak-kanak lelaki, 38 wanita dan 138 lelaki dewasa.
Serangan 11 hari oleh rejim Israel meranapkan 450 bangunan di Semenanjung Gaza, termasuk bangunan pejabat organisasi media, hospital, merosakkan pelbagai kemudahan asas.
Pakar hak asasi manusia PBB menggesa siasatan dibuka oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa ke atas pelanggaran undang-undang termasuk ke atas jenayah aparteid dan jenayah kemanusiaan.
Mengulas perkembangan itu, Dr Mahathir berkata negara Islam sepatutnya menyatakan pendirian lebih tegas dalam isu Palestin untuk menekan dan mendisiplin Israel.
“Negara Islam patut ada pendirian yang sama terhadap isu Palestin. Yang lain nak berkelahi, berkelahilah. Nak berperang sesama sendiri pun berperang.
“Tetapi atas isu Palestin, kita mesti ada pendirian sama. Dengan itu kita boleh tekan negara lain.
“Selain itu, negara Islam juga perlu menggunakan kekayaan dan pengaruhnya sebagai pasaran yang besar dan juga sebagai pengeluar petroleum dalam menekan kuasa besar.
“Orang Islam tak pernah kaya seperti mana mereka kaya sekarang. Mereka bercambah-cambah duit tapi apa yang kita lakukan dengan kekayaan?
“Apakah kita guna duit itu untuk mempertahan umat Islam ataupun kita hendak hidup mewah saja.
“Yang ketiga, kita adalah pasar. Pasar 1.7 bilion orang. Kalau kita boleh, kita guna pasar itu untuk tekan pihak negara lain supaya mereka akan bantu kita.
“Mungkin boikot, mungkin cara lain boleh buat. Bila kita jadi pasar, kita ada kuasa,” katanya lagi.
Beliau menjelaskan, negara Islam berkuasa kerana menjadi pembekal utama hasil minyak dunia, namun kekuatan itu tidak digunakan untuk memberi tekanan dalam isu Palestin.
Beliau memberi contoh peranan lebih besar yang sepatutnya dibuat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) yang dianggotai Iran, Iraq, Kuwait, Arab Saudi, dan Venezuela.
“Orang Islam ini diberi minyak dengan tidak ada pihak lain yang lebih daripada negara Islam, yang tuhan bagi minyak kepada mereka.
“Tapi apa mereka buat dengan minyak. Bila dia buat Opec (Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum). Dia dengan sendirinya boleh kawal harga dan bekalan.
“Jadi kita kena fikirlah kalau ahli Opec lain tak bersetuju, Opec yang terdiri dari negara Islam boleh buat tindakan. Tapi tak mahulah. Kita hendak enjoy life,” katanya.
Selain itu, sikap masyarakat Islam juga menyebabkan negara yang pada asalnya bersimpati dengan kekejaman tersebut akhirnya bermusuhan.
“Sebenarnya ramai negara di dunia ini yang bukan Islam tapi bersimpati dengan kita. Tapi kita pergi buat perkara tidak baik kepada mereka.
“Kita lari pergi duduk di Eropah. Di sana kita buat masalah. Bila kita ada letupan sana, letupan sini, bom itu bom ini, itu semua bukan menolong kita untuk dapat kawan.
“Saya berkali-kali kata, (dalam) perjuangan, ramaikan kawan. Kurangkan lawan. Tapi ini tak ada. Dia pergi cari orang yang bukan musuh sekarang ini jadi musuh,” katanya.
Dr Mahathir yang bercita-cita agar perang dijadikan satu jenayah terus menganjurkan agar serangan dan pembunuhan tidak dibalas dengan mengorbankan lebih banyak nyawa.
“(Pembunuhan) Tak menunjuk bahawa kita bijak. Kita tidak boleh dalam perang nak lepas geram saja.
“Dia bunuh orang kita, kita bunuh orang dia. Tak peduli dah siapa yang kita bunuh. Orang lain yang kena bunuh, kita pergi bunuh orang lain, orang yang tak ada masalah dengan kita,” katanya. – 24 Mei, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan