Isnin, 24 Mei 2021

TER KINI TER NOWW TER HOTT



 

 KEMALANGAN

EEL EER TEE


Kereta LRT bertembung,


 beberapa penumpang


 cedera

DUA buah transit aliran ringan (LRT) bertembung antara stesen KLCC dan Kampung Baru malam ini, mengakibatkan sejumlah penumpang cedera.

Laluan antara dua stesen ini berada di bawah tanah.

Menurut polis, 47 penumpang cedera, 15 lagi parah dan kesemua mereka telah dikeluarkan dari tempat kejadian pada pukul 9.50 malam.

Foto dan video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan beberapa penumpang cedera, ada yang mengalami pendarahan teruk.

Laporan kejadian awal menyatakan berlaku pertembungan antara dua LRT yang datang dari arah bertentangan.



“Pada pukul 8.45 malam, kemalangan berlaku antara LRT automatik dari stesen KLCC menuju ke stesen Kampung Baru dengan sebuah lagi LRT yang dikendalikan secara manual dari arah bertentangan.

“Tren dari stesen KLCC gagal mengesan tren yang datang kerana salah faham komunikasi dari menara kawalan.

“Setakat pukul 9.30 malam, jumlah korban tidak dapat dipastikan kerana anggota kecemasan sedang sibuk menyelamatkan mereka,” kata laporan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa berkata, disahkan beberapa orang penumpang cedera dan belum ada kematian dilaporkan.

Beliau turut berkata hanya sebuah tren membawa penumpang, sebuah lagi kosong.

“Tren yang membawa penumpang dan sebuah tren kosong bertembung, menyebabkan beberapa penumpang terpelanting dan yang lain terjatuh.

“Tren dari stesen Ampang. Kejadian itu berlaku di terowong bawah tanah KLCC,” katanya melalui ciapan di Twitter.

Menurut Twitter RapidKL @AskRapidKL, LRT kemalangan itu berlaku di laluan Kelana Jaya, melibatkan tren bernombor 40 dan 81.

“Semua penumpang yang cedera telah dikeluarkan ke platform. Bantuan kecemasan dan penyelamat sedang dijalankan. Keutamaan kami adalah memastikan keselamatan semua penumpang kami. Oengangkutan alternatif sedang diatur.

“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan,” katanya.

Sementara itu, melalui ciapan Bernama, beberapa pelanggan sedang diselamatkan oleh jabatan bomba dan penyelamat di luat stesen KLCC.

Para penumpang dan warganet turut memuat naik dan berkongsikan gambar-gambar menunjukkan beberapa penumpang yang cedera duduk di sekitar landasan stesen berkenaan. – 24 Mei, 2021.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengerusi PRASARANA sila letak jawatan

ananimus berkata...

tren eksiden???

kalu kat negara kapir, menteri berkaitan kompom akan letak jawatan tanda bertangungjawab,, tp kalu di negara islam msia yg tiap2 bulan duk ulang alik gi mekah,,
sila naikan gaji menteri prasarana si tajudin tu lg,, kasi projek tender lg utk pasir salak,, takbirrr