Ahad, 23 Mei 2021

SILA BETULKAN WIKIPEDIA


 SILA BETULKAN

WIKIPEDIA

Unknown commented on

"BETUL SAHEH - 24 NABI 

ADALAH BANI ISRAEL"

24 dari 25 adalah bani Israel?? Sapa kencing kau ni TT? Baca balik banyak2 TT.. jnganlah levelkan diri kau serendah ni kalau ye pun kau tak setuju dengan islam. Amin

Bani Israel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bani Israel (Ibrani:שבטי ישראל Bahasa Arab:بني إسرائيل) merujuk kepada kaum atau keturunan Nabi Yaakub a.s . Mereka inilah yang digelar Bani Israel (anak-anak Nabi Yakuub a.s). Dari keturunan ini juga asalnya kaum Yahudi . Perkataan Israel, berasal dari gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub (a.s). Perkataan Israel ini bermaksud "Hamba Allah yang taat" atau "Tentera Allah". Perkataan "Isra" bermaksud "Hamba atau Tentera" dan "El" membawa maksud "Allah SWT". Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa Israel bermaksud "Yang suka berjalan pada waktu malam". Gelaran "Israel" ini dikurniakan kepada Nabi Yaakub (a.s) kerana baginda diberkati oleh Allah SWT. Perkataan "Israel" berasal dari bahasa Ibrani.

Kaum Bani Israel berasal daripada anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang yang turut dikenali dengan gelaran 'Al-Asbaath' (Bahasa Arab:الأسباط) iaitu Rubin, Sham'un, Lawi, Yahuza, Zabulun, Yasakar, Dan, Jad, 'Ashir, Naftali, Yusuf, dan Bunyamin. Antara anak-anak baginda, ada antaranya yang diangkat menjadi Nabi seperti Nabi Yusof (a.s) yang meneruskan apa yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim kepada datuk baginda, Nabi Ishak a.s., bapa baginda, Nabi Yaakub dan akhirnya baginda sendiri yang dipilih Allah untuk meneruskan Syariat Allah dimuka bumi ini.

Terdapat ramai rasul-rasul yang terkemuka diutuskan dalam kalangan Kaum Bani Israel ini seperti Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa(yesus) yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan Allah kepada kaum ini sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia dimuka bumi Allah ini(menurut ajaran agama islam)

2 ulasan:

Loyastout berkata...

Ni nasihat ja sham, hang tumpu pada politik ngan ekonomi sudahlah sham, hang kelaut teruk sangat ni,,, nak yamseng ka nak nostrovia ka buat ja,,jangan jadi bangang sudah,,,kahkahkah

hamim berkata...

TT, apa salah nya 24 nabi dari bani Israel? Dah sememangnya dari keturunan Nabi Yaakub A.S, nabi nabi tersebut bukan dari kalang orang orang pengganas yahudi sekarang ini, pengganas yahudi sekarang berbagai warna kulit dan datangnya pun tak tahu dari berapa negara, mungkin yahudi tu hanya anutan mereka macam Nisamudin Rais yang menganut Islam budaya, orang puasa dia puasa orang raya dia raya, orang ngentot selepas nikah, dia tak nikah tapi dia ngentot, takut dapat anak luar nikah dia pakai sarkot....kah kah kah kah kah