Selasa, 29 Jun 2021

KU LI MASIH CALON TETAP PM

 


YA AMPOON

KAH KAH KAH

 KU LI

MASA TANDATANGAN

DEKLARASI RAKYAT

KU LI SAKIT PERUT

AMIN

BILA BERSIH 

AJAK BERSAMA

KU LI MENOLAK

AMIN



Tengku Razaleigh mulakan petisyen gesa Parlimen bersidang sebelum 1 Ogos

PARLIMEN mesti bersidang sebelum perisytiharan Darurat berakhir pada 1 Ogos, kata Tengku Razaleigh Hamzah sambil menggesa kerajaan berhenti mempertikaikan perintah dan titah Yang di-Pertuan Agong.

“Saya harap orang ramai akan menyokong petisyen ini agar Parlimen dapat bersidang segera.

“Kita mahu Parlimen bersidang semula sebelum 1 Ogos dan tidak menunggu sampai Oktober. Kelewatan (oleh kerajaan) bukan mengenai menguruskan Covid-19 tetapi mengekalkan kuasanya,” kata ahli Parlimen Gua Musang yang berusia 82 tahun di Facebook secara langsung hari ini.

Tengku Razaleigh bercakap pada pelancaran petisyen awam bagi mendesak agar Parlimen bersidang sebelum darurat tamat pada 1 Ogos.

Walaupun kerajaan Perikatan Nasional belum menyatakan bila Parlimen akan bersidang selepas titah Agong minggu lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Parlimen akan bersidang sekurang-kurangnya pada September.

Speaker Parlimen Dr Rais Yatim dan Azhar Azizan Harun berkata Parlimen dijangka dapat bersidang semula secara hibrid pada akhir Ogos atau awal September. 

Susulan kritikan orang ramai, Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Dr Rais Yatim dan Azhar Azizan Harun menyatakan sesi hibrid hanya boleh diadakan paling awal minggu pertama September.

Tetapi pengkritik seperti Tengku Razaleigh tidak bersetuju kerana percaya kerajaan menangguhkan Parlimen dengan perintah darurat.

“Kerajaan sudah mengambil pelbagai tindakan tetapi ini tidak memperbaiki keseluruhan situasi pandemik,” katanya.

Lebih daripada itu katanya, perintah darurat oleh kerajaan juga tidak membantu situasi Covid-19.

“Itu hanya alasan politik dan tidak ada kaitan dengan nasib rakyat,” kata veteran Umno itu.

Susulan titah Agong pada 16 Jun, Tengku Razaleigh berkata, tidak perlu lagi menunda Parlimen atau membahasan makna “secepat mungkin” atau adakah Raja-Raja Melayu harus mengatakan sesuatu mengenai Parlimen.

“Agong dan Majlis Raja-Raja mempunyai hak untuk campur tangan dan tidak boleh dipertikaikan kerana ini ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Mari kita dapatkan sebanyak mungkin tandatangan untuk petisyen ini bagi mendesak kerajaan mengadakan persidangan Parlimen sebelum 1 Ogos,” kata Tengku Razaleigh. – 25 Jun, 2021.

 KU LI

HANYA MAHU

JADI 

CALON TETAP

PERDANA MENTERI

MALAYSIA

KHALAS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro, Ku Li lu tak mahu. Mahiadin lu jugak tak nak. Najib, Zahid lagi lah lu tak leh terima. Anwar sangat lah lu benci. Tok Mat lu mahu sailang. Habih sape yg lu rekomen jd PeeM. Takut apa. Cakap terus jelah, tak yah sorok2 belakang semak. Nanti kami respon sokong atau tidak.