Ahad, 13 Jun 2021

SATU CADANGAN YANG TUNTAS

 


SATU

CADANGAN

YANG TUNTAS

AMIN 


Majlis Pemulihan Negara bukan untuk ganti kerajaan sedia ada - Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri  Dr Mahathir Mohamad menegaskan Majlis Pemulihan Negara (MAGERAN) yang beliau cadangkan, bukan untuk menggantikan kerajaan sedia ada.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Majlis itu mempunyai tugas-tugas khusus, iaitu mengurangkan kes baharu sehingga terbentuknya imuniti kelompok di negara ini, serta menyelesaikan isu berkaitan seperti ekonomi, pendidikan, serta politik.

Dalam catatan terbaharu di blognya, Dr Mahathir berkata, Majlis Pemulihan Negara tidak akan diletakkan di bawah Kerajaan, sebaliknya melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Majlis Pemulihan Negara tidak akan ganti Kerajaan. Majlis ditugas untuk mengurang kes baharu sehingga tercapai herd imunity. Selain masalah kemerosotan ekonomi dan kewangan akan dipulih oleh Majlis.

“Untuk politik, Parlimen akan bersidang dan tindakan Majlis akan dibentang kepada Parlimen. Percubaan untuk hapuskan Majlis Pemulihan Negara tidak akan diusahakan oleh Parlimen,” katanya.
Tambah Tun Mahathir lagi, isu persekolahan juga turut menjadi tanggungjawab Majlis.

Dr Mahathir berkata lanjut, yang menjadi punca permasalahan politik ialah percubaan merampas kuasa.

Malangnya jika Kerajaan ditukar, tambah beliau lagi, Kerajaan baharu juga akan menjadi lemah kerana majoriti yang tipis. Justeru tindakan politik hanya akan meneruskan masalah.

Selain dari empat perkara yang digariskan, Dr Mahathir berkata, perkara lain tidak akan disentuh oleh Majlis, dan Kerajaan boleh menangani urusan-urusan biasa asalkan tidak menyentuh empat perkara tadi.

Tambahnya lagi, tempoh masa untuk Majlis hanyalah sehingga negara mencapai imuniti kelompok, atau sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

“Ahli-ahli Majlis akan terdiri dari pakar-pakar perubatan termasuk ahli psikiatri, pakar-pakar ekonomi yang tidak partisan dan berpengalaman di dalam membantu Negara mengatasi krisis, pakar pelaburan yang berpengalaman..

“..penggerak sosial yang telah bukti keupayaan membantu rakyat ketika pandemik, tokoh-tokoh perundangan yang tidak partisan dan beberapa tokoh politik yang tidak bertindak mewakili parti.

“Keahlian tidak akan lebih dari 20 anggota. Tidak ada politik dalam Majlis Pemulihan Negara,” tambahnya lagi.

Dr Mahathir berkata, nama-nama mereka akan disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda, dan Ahli-ahli Majlis akan berkhidmat secara sukarela, tanpa gaji kecuali diberi elaun yang perlu.

“Jika Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menerima cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negara ini, nama-nama mereka akan dipersembahkan untuk perkenan,” katanya lagi.


INI CADANGAN

MADEY

AMIN

TAK SETUJU

BERI CADANGAN

LAIN

AMIN

BUKAN HANYA

MELAUNG

MENJERIT

BUKA PARLIMEN

BUKAK PARLIMEN 

NAK BUAT APA

KAH KAH KAH

DAH BAGI KUNCI

TAK TERANGKAT

KAH KAH KAH 



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju Majlis Pemulihan Negara ni sbb duk deret bawah Agong,cuma aku musykil satu je,nama abam nak letak kat celah mana?abam dah nak hampir pancut ni nak jadi PM,kalau wujud pulak majlis baru,x pancut pancutlah abam,asyik stim je sampai ke mati

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju ngat ngan cadangan tuntas Madey ni. Jika ditubuhkan majlis pemulihan negara ni sape akan jd pemimpinnya? Sosok mana hah? Sailang fast-forward?

capt salai berkata...

Setuju dgn atok..atok tak perlu nombo..jangan bagi cadangan 4d 5d 6d pada agong..keluarkan cadangan yg dipersembahkan pada agong ke pengetahuan umum..baru rakyat blh nilai..jangan letak dlm tin sardin

Tanpa Nama berkata...

Kau setuju ke sham guna kuasa mcm diktaktor bust Mageran? Kata kau Pro demokrasi. Kalau bagi Anwar Pengerusi Mageran kau setuju ke tak? Hehe ke kau pilih kasih. Nampak mcm personal attack jer skrg ni sham. Dulu kata sokong demokrasi. Ptuih

Tanpa Nama berkata...

hihihi klu nuar, bagi dia pengerusi kugiran ke.. kugeram ke.. ku ngeram telok ka sesuai ah. dah ada peluang ngadap ydpa mai lah dgn cadangan bernas. ni semua kaki bangkang pakat mintak batal darurat, bukak parliman lah.. kan dah ada jawatan kuasa darurat 2021? bebudak tak pi sekolah pun tau der..setakat pdpr pun boleh lulus cemerlang lah wei.. kikiki