Ahad, 13 Jun 2021

KAUM KIRI BANGUN MELAWAN

 


BANGUN BANGUN

MELAWAN


Puluhan ribu bantah ideologi sayap kanan di Perancis

BERPULUH-PULUH ribu penduduk Perancis berarak semalam menentang “serangan terhadap kebebasan” dan peningkatan pengaruh ideologi haluan kanan menjelang pilihan raya presiden tahun depan.

Lebih 100 ahli pertubuhan sayap kiri mengambil bahagian dalam Liberty March di kebanyakan pekan dan bandar di seluruh negara itu.

Protes julung kali itu menyaksikan kumpulan sayap kiri yang berpecah belah turun ke jalanan selepas kekangan kira-kira setahun setengah akibat Covid-19.

Penganjur melaporkan kira-kira 70,000 peserta di Paris dan 150,000 lagi di seluruh negara, sementara polis dan kementerian dalam negeri Paris menganggarkan jumlahnya hanya 9,000 di ibu negara dan 37,000 di seluruh negara.

Kementerian Dalam Negeri pula memaklumkan 119 perhimpunan diadakan.

Di Nantes, barat Perancis, kira-kira 900 orang menyertai demonstrasi, menurut pihak berkuasa wilayah tempatan, termasuk sejumlah militan sayap kiri yang bertempur dengan polis.

Di pelabuhan Marseilles, Mediterranean lebih 1,000 penunjuk perasaan berarak sambil membawa sepanduk kesatuan sekerja yang menyeru kesatuan menghancurkan kapitalisme yang membawa kepada fasisme.

Mereka juga meluahkan perasaan terhadap undang-undang baharu yang didakwa menyekat kebebasan, antaranya untuk merakam dan mendedahkan gambar pegawai polis ketika bertugas selain pelbagai pengaruh ideologi haluan kanan.

Naib presiden parti haluan kanan, Perhimpunan Nasional (RN) Jordan Bardella menyifatkan demonstrasi semalam sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian daripada kenyataan Melenchon mengenai keganasan dan pilihan raya presiden 2022.

Kumpulan yang mengambil bahagian dalam demonstrasi terbabit termasuk Sosialis, Komunis, ahli ekologi dan kesatuan sekerja. – AFP, 13 Jun, 2021.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ideologi .. punca perang..