Sabtu, 10 Julai 2021

MUHYIDIN AKAN SELAMAT


MUHYIDIN 

AKAN SELAMAT

AMIN

SENANG SAJA

CARANYA

AMIN

MASUKAN SEMUA

TIM MAHKAMAH

TIM BANDUAN

DALAM PENJARA

AMIN

SEMUA SELESAI

KHALAS



Najib masih ada pengaruh kuat, kata pemimpin Bersatu, penganalisis

NAJIB Razak masih berpengaruh dalam kalangan rakyat ketika kerajaan Muhyiddin Yassin terus berhadapan cabaran besar menangani krisis pandemik Covid-19, kata pemimpin Bersatu dan penganalisis politik.

Penganalisis politik juga melihat pengaruh bekas perdana menteri semakin kuat kerana beliau “pandai mengambil peluang” menjuarai isu-isu rakyat yang terbeban dengan pandemik.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata pengaruh Najib yang kuat memberi kesan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

“Beliau ini popular sebab negara berdepan krisis. Jadi beliau banyak modal untuk menghentam kerajaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Faiz menjelaskan pengaruh Najib melonjak kerana beliau memainkan sentimen yang dekat dengan kehendak dan tuntutan rakyat, yang juga disifatkannya lebih beremosi ketika menghadapi pandemik yang menjejaskan hidup mereka.

Namun tindakan Ahli Parlimen Pekan itu sebenarnya hendak menyerang kerajaan dengan agenda hendak menjatuhkan kerajaan, tambahnya.

“Isu yang beliau bawa dilihat mewakili suara rakyat tetapi isu sama juga dibincangkan dalam kalangan pemimpin PN cuma tidak dihebahkan,” katanya.

Beliau merujuk antara lain kritikan dan cadangan Najib mengenai penangguhan pembayaran balik hutang bank dan kemudahan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan hari tua mereka.

“(Yang ternampak) Najib suarakan kritikan dan cadangan, dan akhirnya orang ramai mengkritik (kerajaan).

“Jadi, kita anggap beliau ada agenda untuk menyerang kerajaan dan tujuannya hendak jatuhkan terus kerajaan,” katanya.

Najib adalah antara pengkritik lantang kerajaan PN biarpun ahli Parlimen Umno adalah sebahagian daripada anggota kerajaan Muhyiddin. 

Najib juga dipercayai antara ahli Parlimen Umno yang menyokong idea Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk membawa parti keluar daripada kerajaan Muhyiddin.

Najib kembali

Pensyarah politik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berpendapat tidak mustahil Najib boleh muncul semula dalam politik, sekiranya beliau terlepas daripada tuduhan jenayah yang sedang dihadapi di mahkamah.

“Bagi saya Najib tiba pada saat dan masa yang tepat. Beliau pandai mengambil kesempatan dari sudut rakyat yang tertekan kerana pandemik Covid-19. Ibarat orang lemah, siapa yang hulur tangan dia akan sambut.

“Rakyat suka apabila tengok Najib memihak kepada isu rakyat.

“Jadi tidak mustahil beliau boleh membuat kemunculan semula dalam politik termasuk menjadi perdana menteri jika berjaya dalam rayuannya di mahkamah,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Mazlan juga menjelaskan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan halangan untuk Najib muncul semula dalam politik.

Katanya, rakyat sudah tidak kisah dengan isu 1MDB kerana merasakan hidup mereka sekarang lebih susah dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang berpanjangan.

“PKP tak tahu habis bila. Ramai yang dibuang kerja, sampai ada kempen angkat bendera putih (untuk minta bantuan makanan).

“Rakyat sudah lupa isu 1MDB, lagi pun ia sudah dibicarakan. Isu itu sudah tak melekat lagi pada rakyat,” katanya.

Mazlan juga mengingatkan sokongan orang Melayu kepada Umno masih tinggi, dan mereka ini boleh jadi tapak untuk Najib muncul semula.

“Umno masih ada sokongan kira-kira 65% orang Melayu, yang secara tidak langsung menjadi political based kepada Najib.

“Dengan populariti yang Najib ada, kita tidak boleh nafikan keupayaan beliau untuk muncul semula dalam politik,” katanya.

Pensyarah politik di Universiti Malaya, Dr Awang Azman Awang Pawi juga tidak menolak Najib muncul sebagai pemimpin paling berpengaruh, yang popularitinya mengatasi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan menteri lain dalam kerajaan PN.

Malah populariti Najib itu jugalah yang memberi kelebihan kepada Umno untuk bangkit semula, selepas tersingkir dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tambahnya.

“Ini menyebabkan kedudukan Umno diyakini semakin teguh dan kuat di akar umbi,” katanya.

Awang Azman melihat pengaruh Najib dan tindakannya yang berterusan mengkritik dasar kerajaan memberi kesan kepada Bersatu dan PN.

“Rakyat menyokong kritikan Najib sehingga menyebabkan PN tidak popular dalam kalangan rakyat.

“Akibatnya, kedudukan Bersatu pudar kerana tiada watak yang berpengaruh dalam parti itu,” katanya.

Najib melepaskan jawatan presiden Umno dan Barisan Nasional selepas kerajaan pimpinannya gagal mendapatkan semula mandat rakyat dalam PRU14 pada Mei 2018.

Pentadbiran Pakatan Harapan kemudian membuka semula siasatan skandal penyelewengan 1MDB dan Najib dihadapkan ke mahkamah atas keseluruhan 42 pertuduhan melibatkan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi memutuskan Najib bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd. Beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Pada 18 Mei lalu, Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan terhadap rayuan yang dikemukakan oleh Najib terhadap sabitan dan hukuman tersebut ke satu tarikh yang belum ditetapkan. – 10 Julai, 2021. 

HURU HARA

ZAHID

HURA HARA

NAJIB

HURU HARA

ANWAR

KERANA  MEREKA

TAK

MAHU MASUK

PENJARA

AMIN

BILA MASUK

PENJARA SEMUA

AKAN SENYAP

KHALAS



3 ulasan:

cikminah berkata...

Betul ke NAJIB masih ada pengaruh kuat di kalangan rakyat dan 65% orang Melayu tak kisah pasal 1MDB dan sanggup terima dia jadi PM...????
Adakah pandangan ini berasaskan kajian saintefik atau kajian rambang seorang penganalisis politik kangkong....???

Tanpa Nama berkata...

jib tu berape ekor pengikut fake media alam maya? Pastu yg tertipu lepas terkagum nengok ramai "pengikut"nye berape ekor pulak? Kemon bro... jgn jadi melayu mudah tertipu

Tanpa Nama berkata...

Semua parti mcm haram jadah. Skrg ni nk menang bukan jd juara rakyat, siapa yg pandai divert issue dialah champion.