Jumaat, 20 Ogos 2021

AWAS - BAHAYA PENDATANG CHINA MERAH



AWAS

BENTENG UTAMA

BOLEH DIRASUAH

AMIN

KITA TAK TAHU

BERAPA RAMAI

WARGA

 CHINA MERAH

DATANG SEBAGAI 

PELACUNG
 TERUS TAK PULANG

 AMIN




Pegawai imigresen dipenjara, denda terima rasuah lepaskan warga asing

SHAH ALAM – Seorang pegawai Imigresen yang ditahan dalam Ops Selat dipenjara sehari dan didenda oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah melepaskan warganegara asing tanpa melalui prosedur betul, antara 2017 hingga 2018.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan denda kepada Muhammad Khairunazim Ab. Rahman, 31, sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan pilihan pertama dan kedua yang dibacakan jurubahasa.

Tertuduh berdepan penjara tiga bulan sekiranya gagal melunaskan denda setiap pertuduhan pilihan tersebut.

Turut dilucutkan hak kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah wang tunai RM5,000 masing-masing di dalam beg dompet Charles Berkeley dan bekas PsVita berwarna merah, wang tunai matawang asing Turkish Lira berjumlah TRY10,000 di dalam sampul berwarna coklat serta sebuah kenderaan pacuan dua roda Mitsubishi Triton L200 2WD Double CA berwarna perak.

Mengikut pertuduhan pilihan pertama, Muhammad Khairunazim berjawatan Gred KP19 pada November 2017 di Pusat Operasi, Bahagian Kawalan Keselamatan, Pejabat Imigresen, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, di Bahagian Kawalan Imigresen, Balai Pelepasan KLIA telah diberi wang suapan berjumlah RM200 secara tunai oleh seorang warga tempatan.

Bagi pertuduhan pilihan kedua pula, Muhammad Khairunazim pada 10 Januari 2018, di tempat letak kereta, Aras 2, Blok C, KLIA telah diberi wang suapan berjumlah RM800 secara tunai daripada seorang warga tempatan.

Warga tempatan ini merupakan individu sama sebagai orang tengah bagi melepaskan warganegara asing dari China daripada sebarang tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Bagi pertuduhan pilihan pertama, tertuduh boleh didenda RM100,000 atau dipenjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 25 (1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25 (2) akta sama.

Bagi pertuduhan pilihan kedua pula, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 25 (1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25 (2) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Fadhli Ab. Wahab, sementara tertuduh tidak diwakil peguam.

Terdahulu, Rozilah ketika menjatuhkan hukumannya menggesa tertuduh menganggap denda dan penjara itu sebagai kifarah, malah Muhammad Khairunazim perlu bertaubat bagi mengelakkan dirinya menerima pembalasan Allah SWT kelak.

“Kamu patut bersyukur sebab ditangkap awal, supaya kamu tidak menganggap wang rasuah itu sebagai satu nikmat,” katanya.

RAKYAT

WAJIB DISEDARKAN

BAHAYA BESAR

DARI 

CHINA MERAH

AMIN 



Tiada ulasan: