Jumaat, 20 Ogos 2021

KES NAJIB BERTAMBAH BAIK - SAKSI DISERANG

 


IN I KES BAIK

AMIN

BILA SAKSI

 DISERANG

SAKSI AKAN

BOCORKAN LAGI

BANYAK PEKARA

KHALAS

SERANG JANGAN

TAK SERANG

KAH KAH KAH 


Kamu semua yang lakukan penggubahan wang haram, anak guam saya kena – Shafee

KUALA LUMPUR – Prosiding rasuah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan  Najib yang bermula lewat hari ini bersambung dengan saksi pendakwaan ke-10 menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini.

Ketika diasak oleh peguam yang mengetuai pasukan pembelaan,  Shafee Abdullah, saksi, Mohd Hazem Abd Rahman berkali-kali mengatakan tidak setuju dengan tuduhan dilemparkan kepadanya.

Dakwa Muhammad Shafee, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Berhad (1MDB) bersama yang lain telah melakukan jenayah penggubahan wang haram namun Najib yang menjadi mangsa.

Shafee: Anda juga antara yang melakukan jenayah pengubahan wang haram. Anda tahu sebenarnya anak guam saya tidak seharusnya berada di sini .

Anda dan yang lain telah  memindahkan dana daripada Malaysia ke dalam entiti luar yang tidak diiktiraf serta menyembunyikan hasil aktiviti haram.

Mohd Hazem: Tidak setuju.

Mohd Hazem turut menafikan dakwaan peguam bela, Tania Scivetti bahawa  mengambil arahan daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Tania: Adakah anda gunakan kedudukan anda dalam 1MDB dan melaksanakan arahan Jho Low dengan menyuruh peguam 1MDB, Jasminie Loo sediakan resolusi?

Mohd Hazem: Tidak.

Tania: Adakah anda gunakan kedudukan anda untuk pastikan semua Ahli Lembaga Pengarah tandatangan resolusi yang sebenarnya menjejaskan 1MDB dan pemegang saham?

Mohd Hazem: Tidak, tidak setuju.

Tania: Adakah anda gunakan kedudukan anda yang sebenarnya menguntungkan Jho Low seperti menandatangani resolusi?

Mohd Hazem: Tidak setuju.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Pagi tadi Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding dan menyambungnya pada jam 2.45 petang bagi membolehkan Najib selaku Penasihat Barisan Nasional (BN) menghadiri mesyuarat berkaitan pemilihan calon Perdana Menteri ke-9 selepas  Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan pada Isnin lepas.

Prosiding bersambung hari ini. 


BELOT JANGAN

TAK BELOT

AMIN

BELOT

JADI KENG

 AMIN

SELAMATKAN

 REPUTASI DIRI

AMIN

NAJIB ROSMAH

DAH RAHAI

AMIN

HANYA TUNGGU

MASA KE SUNGAI

BULUH

AMIN



1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Hati-hati ..bila-bila masa sebijik lagi bom akan meletop ..tak tau kali ini bom jenis apa ..mungking Siompek atau mungking bom tangkap ikan jo. Tapi ..tapi jgn keliru yg tergantong kek dado Haji Rosmah tu bukang bom ..kahkahkah ..