Sabtu, 7 Ogos 2021

ISMAIL SABRI DIANGKAT SEBAGAI PELAWAK NASIONAL

 

SUARA

 PENGARANG

MALAYSIAN
INSIGHT

AMIN




Lawak jenaka Langkah Bandaraya

BOLEHKAH kita sebut perhimpunan 18 ahli Parlimen Barisan Nasional di Auditorium Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini sebagai Langkah Bandaraya?

Adakah mereka kumpulan yang mementingkan diri sendiri, yang percaya mereka ada bilangan yang cukup untuk menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa usul undi percaya kepada perdana menteri bulan depan?

Hanya 18 hadir walaupun ada 21 yang menandatangani senarai kehadiran. Selepas lagak berani menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan melaungkan ada 31 ahli Parlimen BN bersamanya, dua daripada mereka berkata tanda tangan hadir tidak bermakna sokongan.

Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad yang juga ketua Wanita Umno letak jawatan anggota Jemaah Menteri, menyusul tindakan sama ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah, Selasa.

Pusing ikut mana pun, kira-kiranya tidak cukup untuk Muhyiddin atau kerajaannya yang bergelut melawan Covid-19 dan persoalan tentang keabsahannya.

Dewan Rakyat ada 222 kerusi dan dua kosong susulan kematian wakilnya. Daripada 220 kerusi, 118 tidak bersama perdana menteri yang kini menjadi kerajaan dengan 102 kerusi.

Sudah tentu kedudukan ini mesti diuji di Dewan Rakyat apabila ia bersidang untuk penggal baharu bermula 6 September ini. Sehingga itu, apa yang kita ada ialah perisytiharan parti politik dan ahli Parlimen.

Selebihnya, lawak jenaka di Auditorium Dewan Bandaraya hari ini apabila 18 wakil rakyat berkata mereka sebenarnya 21 orang yang sebenarnya juga mewakili 31 orang. Ajaibnya kira-kira mereka.

Kalaulah mereka menumpukan tenaga dan usaha yang sama untuk memerangi Covid-19 dan pelbagai penyakit lain yang dihidapi oleh Malaysia daripada dasar kabotaj sampailah kepada ekonomi yang merosot dan derita jutaan rakyat akibat sekatan berpanjangan.

Sudah tentu timbalan perdana menteri yang baharu dilantik Ismail Sabri Yaakob boleh merangka strategi untuk mengurangkan jumlah jangkitan baharu dan kematian, daripada hanya mengatur sidang media hari ini.

Sudah tentu beliau boleh bekerjasama demi rakyat dengan penasihat sosioekonomi dan komuniti bertaraf menteri yang baharu diumumkan semalam Ahmad Faizal Azumu? Atau, membantu perdana menteri mencari ganti dua menteri yang letak jawatan?

Malaysia dan rakyat negara ini mahu lihat tindakan. Mereka tidak mahu lihat kumpulan demi kumpulan ahli politik bergaya seperti uji bakat di pentas untuk jadi pemimpin negara ini.

Sekarang, semua mereka sebenarnya gagal. Yang buat kerja sekarang bukan mereka yang ada di pentas atau di skrin di depan kita.

Yang buat kerja sekarang termasuk petugas barisan hadapan dan pasukan vaksinasi yang berlumba dengan masa untuk memberi pelali kepada sebanyak mungkin rakyat sebelum varian Delta atau varian membimbangkan yang lain terus membenamkan perkhidmatan kesihatan yang sedia terbeban.

Sebaliknya, yang kita nampak hanyalah ahli politik yang mencatur langkah untuk diri mereka sendiri atau untuk menyingkirkan lawan mereka. Itu boleh dibuat di Parlimen secepat mungkin; bukannya di dewan mana-mana hotel atau di auditorium awam. – 6 Ogos, 2021.

JHABAR SADIQ


BUAT LAWAK

MELAWAK

PELAWAK 

TERLAWAK

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: