Sabtu, 7 Ogos 2021

KES MUHYIDIN AMAT BERAT

 

INI TUDUHAN 

BERAT

AMIN

TUDUHAN AMAT

AMAT BERAT

AMIN

MENIPU AGONG

AMIN





Pemuda Umno lapor polis dakwa Muhyiddin tipu Agong

PEMUDA Umno membuat laporan polis terhadap Muhyiddin Yassin dengan dakwaan perdana menteri itu menipu Yang di-Pertuan Agong berhubung bilangan sokongan wakil rakyat terhadapnya.

Laporan itu berhubung kenyataan Muhyiddin pada Khamis lalu yang mendakwa beliau masih menguasai sokongan majoriti ahli Parlimen.

Sayap pemuda Umno itu juga mendakwa, ia menyebabkan ahli Parlimen Pagoh itu tidak lagi layak menasihati Agong kerana tidak lagi menguasai majoriti sokongan wakil rakyat itu.

Laporan dibuat Ketua Pemuda Umno Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor dan rakan sejawatnya dari Terengganu Tengku Haphiz Tengku Putera yang menuntut Muhyiddin segera berundur.

“Muhyiddin tidak lagi mempunyai legitimasi untuk menasihati Agong bahkan harus meletakkan jawatan perdana menteri dengan segera.

“Beliau juga telah secara jelas terbukti mengelirukan dan menipu Agong semasa sidang medianya pada 5 Ogos lalu,” kata mereka dalam sidang media, hari ini.

Dalam pengumuman itu, Muhyiddin berkata peletakan jawatan itu tidak berbangkit kerana beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat berdasarkan sejumlah surat akuan.

Perkara itu tidak dipercayai Pemuda Umno yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi ini.

Dalam laporan itu, Pemuda Umno meminta pihak polis menyiasat Muhyiddin atas dakwaan cuba mengelirukan dan membohongi Agong bagi memastikan perdana menteri itu terus berkuasa.

Mereka mendakwa, Muhyiddin kini hanya mempunyai sokongan 98 ahli Parlimen selepas dua orang menteri Kabinet dari Umno meletak jawatan.

Kenyataan itu merujuk kepada pengumuman Shamsul Anuar Nasarah dan Noraini Ahmad yang masing-masing meletak jawatan di kementerian tenaga dan kementerian pengajian tinggi.

Mereka turut mengaitkan sidang media Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri semalam yang didakwa juga membuktikan Muhyiddin sudahpun hilang majoriti untuk menjadi perdana menteri.

“Melalui sidang media tersebut, Ismail Sabri mengesahkan perdana menteri dan kerajaan PN telah hilang sokongan majoriti.

Terdahulu, Umno yang diketuai ahli Parlimen Bagan Datuk Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Ogos mengumumkan 11 ahli Parlimen parti itu menarik sokongan ke atas perdana menteri.

Ismail Sabri pula semalam mengumumkan, 31 daripada 42 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tetap menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Noor Hariri dan Tengku Haphiz berkata, ia menunjukkan Muhyiddin tiada lagi sokongan majoriti.

“Kenyataan ini disokong dengan surat akuan yang diperoleh oleh pihak Umno dan telah dihantar untuk dipersembahkan kepada Agong.

“Justeru, secara jelas perutusan perdana menteri yang mendakwa kerajaan PN pada ketika ini masih mempunyai majoriti Dewan Rakyat tidak benar sama sekali,” kata mereka.

Ismail semalam mendakwa kerajaan masih lagi kekal kerana Yang di-Pertuan Agong sudahpun memperkenan agar undian untuk menentukan sokongan majoriti diadakan pada September.

Dakwanya, segala perakuan untuk menolak sokongan juga tidak lagi terpakai kerana baginda sudahpun memperkenan agar undian itu dijalankan pada bulan hadapan. – 7 Ogos, 2021.


BOLEHKAH

MUHYIDN PUTAR

LAGI

KAH KAH KAH

PASTI BOLEH

ADA SEBULAN

UNTUK PUTAR

AMIN





Tiada ulasan: