Sabtu, 7 Ogos 2021

PELAWAK NEGARA ATAU PEMUTAR NEGARA

 

BARU SEMINGGU

DIANGKAT JADI

 PELAWAK NEGARA

KINI 

SUDAH MENJADI

PEMUTAR NEGARA

AMIN




Seorang lagi ahli Parlimen Umno nafi sokong Muhyiddin

SEORANG lagi ahli Parlimen Umno, Mohd Nizar Zakaria tampil menafikan beliau antara 31 orang dari Barisan Nasional (BN) yang kekal menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Parit itu berkata, beliau mematuhi keputusan parti yang mengarahkan ahli Parlimen Umno menolak kerajaan.

“Saya patuh kepada keputusan parti. Parti melalui MKT (Majlis Kerja Tertinggi) membuat keputusan serta ketetapan. Saya sebagai ahli parti saya ikut keputusan parti,” katanya di Facebook.

Mohd Nizar antara 31 orang yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam dalam satu sidang media sebagai ahli Parlimen BN yang menyokong kerajaan.

Ismail dalam sidang media itu menunjukkan senarai tandatangan ahli Parlimen yang disebutnya sebagai bukti menyokong kerajaan.

Dua daripadanya, Abdul Azeez Abdul Rahim dan Noh Omar dalam sidang media masing-masing yang berasingan selepas itu menafikan perkara itu.

Menurut kedua-duanya, mereka hanya menurunkan tandangan sebagai kehadiran mesyuarat yang diadakan sebelum sidang media bersama Ismail.

Bagaimanapun, mereka bersetuju bahawa kerajaan PN masih sah sehingga Parlimen bersidang pada September.

Mereka juga akur dengan pendirian parti untuk menolak Muhyiddin apabila undi percaya dijalankan bagi menentukan sokongan ke atas perdana menteri itu dalam sidang Dewan Rakyat pada September.

Ketiga-tiga Noh, Abdul Azeez dan Nizar diumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa lalu sebagai antara 11 ahli Parlimen parti itu yang menolak Muhyiddin.

MKT Umno pada bulan lalu mengarahkan ahli Parlimen parti itu menarik sokongan ke atas Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Zahid kemudian pada Selasa tampil dalam sidang media bersama 10 ahli Parlimen itu dengan pendirian tersebut.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga mengumumkan, jumlah itu menunjukkan Muhyiddin hilang keabsahan menjadi perdana menteri. – 7 Ogos, 2021.

SILAP SILAP

KENA BUANG

DARI JADI

AHLI GEROMBOLAN

KAH KAH KAH

KES LAWAN TOWKAY

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: