Jumaat, 13 Ogos 2021

LARI TANGGUH ATAU CABUT

 

LARI TANGGUH

ATAU CABUT

KAH KAH KAH 



Muhyiddin tidak boleh tubuh kerajaan minoriti tanpa undi percaya, kata Azalina 

MUHYIDDIN Yassin tidak boleh tubuhkan kerajaan minoriti tanpa Dewan Rakyat tentukan ahli Parlimen mana yang mempunyai keyakinan majoriti wakil rakyat untuk menjadi perdana menteri, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said.

Beliau menjawab desas-desus bahawa Muhyiddin mungkin akan menangguhkan undi percaya untuk meraih sokongan daripada pembangkang menerusi perjanjian kepercayaan dan bekalan
(CSA) dan membentuk kerajaan minoriti bagi menggantikan kerajaan Perikatan Nasional. Desas-desus itu bermula selepas 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan, menyebabkan Muhyiddin kurang sokongan majoriti. 

“Bolehkah (Muhyiddin) mendapatkan kebenaran Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan minoriti. Jawapan pendeknya ialah tidak. Tidak buat masa ini, tidak sebelum (Muhyiddin) letak jawatan, dan tidak sebelum kemungkinan adanya blok lain atau majoriti baru.

“Sekiranya ada blok majoriti baharu, ia perlu dibenarkan untuk menyatakan seorang ahli Parlimen yang mempunyai majoriti…Dalam erti kata lain perwakilan seperti itu perlu datang dari dasar, iaitu dari ahli Parlimen ke YDPA dan bukan sebaliknya,” kata Azalina menerusi media sosial. 

Tambahnya sekiranya tiada ahli Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti, maka Agong boleh menggunakan budi bicara raja berperlembagaan untuk mengundang bekas perdana menteri menawarkan diri sebagai kerajaan minoriti dengan CSA. 

“Memandangkan Perlembagaan Persekutuan diam mengenai pilihan kerajaan minoriti, janganlah terlalu gopoh!” kata Azalina, yang juga ahli Parlimen Pengerang.

Beliau turut menegaskan fakta bahawa dalam sistem Westminster, yang menjadi model Parlimen Malaysia, raja berperlembagaan tidak berperanan dalam membentuk kerajaan, atau juga untuk mempermudah rundingan mengenai perkara itu.

“Tugas YDPA ialah untuk menerima sesiapa sahaja yang mendapat sokongan majoriti sehingga baginda berpuas hati,” kata Azalina. 

Menurutnya kerajaan minoriti biasanya ditubuhkan selepas pilihan raya umum, dan bersyarat apabila ditandatangani CSA.

“Ini adalah pilihan yang tersedia untuk pembentukan kerajaan ketika tidak ada satu pun parti politik yang dapat memerintah sebagai parti majoriti.

“Pemimpin kerajaan minoriti tiada kelebihan untuk mentadbir sebagaimana kerajaan majoriti, kerana beliau akan kekurangan kapasiti untuk meluluskan undang-undang dan sebarang perubahan dasar menurut kehendak dan keinginannya, tanpa sokongan undi majoriti. – 13 Ogos, 2021.

ADA MASA

NAK BERUNDING

LAGI KE

KAH KAH KAH

ATAU DAH

TERLALU LEWAT

AMIN 



Tiada ulasan: