Jumaat, 13 Ogos 2021

SENDIRI KENTUT SENDIRI TAHU

 

SENDIRI KENTUT

SENDIRI TAHU

KAH KAH KAH

SENDIRI KINCIT

SENDIRI RASA

BASAH

KAH KAH KAH

APAKAH PERLU

DI UNDI

KAH KAH KAH 




Tidak perlu uji sokongan, PM patut letak jawatan, kata Khaled

MUHYIDDIN Yassin sepatutnya meletak jawatan serta merta jika benar dinyatakan dalam surat yang kononnya dari Speaker Azhar Azizan Harun, perdana menteri hilang sokongan di Dewan Rakyat, kata Khaled Nordin.

Naib presiden Umno itu berkata dalam keadaan itu, perdana menteri tidak perlu lagi menguji sokongannya di Dewan Rakyat.

“Beliau (Muhyiddin) maklum dan tahu sokongan sebenar terhadap beliau. Justeru beliau mesti mematuhi segera Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan iaitu meletakkan jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khaled mengulas berkenaan surat yang tular, di mana Azhar dikatakan mengesahkan kepada Agong yang Muhyiddin hanya mendapat sokongan 100 ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Beliau berkata pada 9 Ogos, Istana Negara menghantar surat kepada speaker meminta dimaklumkan bilangan terkini sokongan ahli Dewan Rakyat ke atas perdana menteri.

“Surat tersebut turut memohon agar jawapan diberikan pada 10 Ogos.

“Permintaan Istana Negara bukan saja sesuatu di luar kelaziman, tetapi menunjukkan penjelasan perdana menteri beliau masih mempunyai majoriti adalah diragui oleh Istana.

“Berlegar juga surat jawapan balas speaker Dewan Rakyat bertarikh 9 Ogos yang memaklumkan bilangan mutakhir jumlah sokongan ahli Dewan Rakyat terhadap perdana menteri berbaki hanya 100 orang,” kata Khaled.

Khaled berkata Azhar bertanggungjawab menjelaskan kedudukan surat yang tersebar luas tersebut.

“Jika ia tidak sahih, maka beliau harus segera menafikannya. Jika tidak beliau gagal menjalankan tugas dengan adil dan neutral serta sengaja bersekongkol dengan perdana menteri bagi mempertahankan keabsahannya yang sudah hilang.”

Beliau juga merayu kepada Agong terus bertindak tegas dengan melaksanakan Perkara 43(4), jika benar speaker Dewan Rakyat memberikan pengesahan perdana menteri hilang kelayakan untuk mengetuai kerajaan. – 13 Ogos, 2021.


GEROMBOLAN 

MAIN TAK SABAR

KAH KAH KAH

MAKIN DEKAT

SUNGAI BULUH

MAKIN GARANG

NAK LEPAS DIRI

KHALAS



Tiada ulasan: