Jumaat, 13 Ogos 2021

WAK OOOI - CAKAP TERANG TERANG

 


WAK KANG

LU CAKAPLAH

TERANG TERANG

AMIN

MARI KITA

SAMA-SAMA DIRIKAN

KERAJAAN

PERPADUAN

KHALAS

JEMPUT SEMUA

DATANG

BINCANG  DENGAN

BAIK 

KHALAS 

HIGH NOON 

NAK SAMPAI

KHALAS 



Jangan biar kleptokrat kembali, kata Muhyiddin

KERAJAAN perlu dikekalkan untuk memastikan pemimpin yang terlibat dengan kes mahkamah tidak kembali berkuasa, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, ia antara sebab beliau memutuskan untuk tidak meletak jawatan dan merayu sokongan pembangkang ke atas undi percaya di Dewan Rakyat melalui tujuh tawaran yang diumumkannya.

“Tujuan saya kemukakan cadangan ini ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

“Pada masa yang sama, saya juga seperti anda semua mempunyai tanggungjawab untuk tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik ini tidak diselesaikan segera.”

Kumpulan kleptokrat itu dipercayai merujuk kepada kumpulan pemimpin Umno dari kalangan ahli Parlimen yang kini menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Muhyiddin juga mengaku beliau tidak lagi menguasai majoriti selepas sejumlah ahli Parlimen yang tidak dinyatakannya menarik sokongan ke atasnya.

Bagaimanapun tiada ahli Parlimen lain yang akan mendapat sokongan majoriti sebagai perdana menteri dan membentuk kerajaan stabil, katanya.

“Apa akan jadi kepada negara kita sekiranya krisis politik berlarutan dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk dalam kadar segera?

“Kerajaan mana yang akan memastikan program vaksinasi berjalan lancar dan mengikut jadual?”

Oleh itu beliau tidak akan meletak jawatan dan akan berunding dengan pemimpin parti pembangkang sebelum undi percaya dijalankan ke atasnya di Parlimen pada bulan depan.

“Kami telah mencapai satu kata sepakat untuk berunding dengan pemimpin parti di luar Perikatan Nasional untuk meluluskan usul undi percaya kepada perdana menteri di Dewan Rakyat.

“Ini akan membolehkan kerajaan yang ada pada hari ini terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba suatu masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

“Usul undi percaya ini hanya boleh diluluskan dengan sokongan bipartisan di Dewan Rakyat,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian selepas mengaku beliau tidak lagi menguasai majoriti selepas sejumlah ahli Parlimen yang tidak dinyatakannya menarik sokongan ke atasnya.

“Namun, malangnya dalam keadaan saya dan rakan-rakan dalam kabinet berhempas pulas mengurus pandemik, beberapa Ahli Parlimen telah menarik sokongan kepada saya.

“Ini menimbulkan keraguan tentang keabsahan saya sebagai perdana menteri dan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah.

Beliau seterusnya memberi jaminan bahawa tindakan itu dilakukan demi kepentingan dakyat dan bukannya atas kepentingan diri sendiri.

“Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa. Dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai.

“Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat akujanji bahawa pilihan raya umum ke lima belas akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan,” tambahnya.

Beliau seterusnya mengumumkan tujuh tawaran untuk memenangi hati ahli Parlimen pembangkang tersebut, termasuk rang undang-undang menghalang lompat parti dan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri.
 

APAKAH

DAH TERLAMBAT

AMIN

APAKAH DURIAN

DAH JATUH

BARU NAK SAMBUT

AMIN

SEKARANG NAK

BERAK BARU

NAK GALI JAMBAN

AMIN

KENA BERAK

BERDIRI DEPAN 

ORANG  RAMAI 

AMIN 

JANGAN MALU

 JANGAN SEGAN

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: