Isnin, 23 Ogos 2021

MADEY BUAT RAMALAN


INI BUKAN

RAMALAN

AMIN

SESUDAH PRU14

POLITIK PARTI

BESAR

TERKUBUR

AMIN




Tiada parti akan menang majoriti mudah PRU15, kata Dr Mahathir

MANA-MANA parti politik atau pakatan dijangka sukar memperoleh majoriti mudah dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang sekali gus mengakibatkan kerajaan tidak stabil dan akan tumbang apabila seseorang ahli Parlimen menarik sokongan, kata Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana, katanya terlalu banyak parti politik yang akan bertanding dan mengakibatkan banyak pertarungan berbilang penjuru hingga mengakibatkan kesemua parti hanya mampu memenangi 20 hingga 30 kerusi saja.

Oleh itu, bekas perdana menteri itu menyifatkan pilihan raya umum akan datang begitu mencabar susulan ramai yang menubuhkan parti baru.

“Contohnya di satu kawasan, akan ada empat hingga lima calon. Adalah sukar bagi pengundi untuk memilih (calon yang tepat).

“Individu (calon PM) yang menang juga tidak akan mendapat majoriti dan setiap parti tidak akan mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan,” kata ahli Parlimen Langkawi itu kepada The Malaysian Insight dalam wawancara baru-baru ini.

Katanya jumlah kerusi yang dimenangi oleh setiap parti politik akan menyebabkan mereka mencari parti lain untuk membentuk kerajaan.

“Kemudian akan ada kerajaan campuran selepas PRU. Sebelum pilihan raya parti bertindak sebagai satu unit tetapi, selepas pilihan raya, mereka akan saling menentang kerana mereka mahu berada dalam gabungan (kerajaan).”

Dr Mahathir berkata masalah utama adalah tiada satu pun parti politik yang akan mempunyai majoriti dan ini akan menimbulkan banyak masalah.

“Sekiranya sebuah parti mempunyai lima ahli Parlimen dan jika mereka menarik diri, maka kerajaan akan tumbang. Jadi, pada masa depan kita akan melihat kerajaan yang sangat tidak stabil dan sukar untuk membangunkan negara ini.”

Senario yang diperkatakan oleh Dr Mahathir itu sudah mula berlaku di negara ini yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020 susulan penarikan sokongan daripada Bersatu.

Pemimpin Bersatu Muhyiddin Yassin kemudian bergabung dengan parti yang kalah dalam pilihan raya umum lalu, termasuk Umno dan PAS, untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional. Beliau hanya mendapat majoriti tipis di Parlimen.

Namun, beliau kehilangan majoriti apabila 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepadanya baru-baru ini.

Ahli Parlimen Umno yang memberontak kemudian memberikan sokongan kepada Ismail Sabri Yaakob selaku timbalan perdana menteri dalam Kabinet Muhyiddin yang juga naib presiden Umno supaya beliau mendapat sokongan majoriti mudah.

Dengan sokongan parti yang sama, Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan Malaysia pada Sabtu lalu. – 23 Ogos, 2021.

 PRU15

WAJIB ADA

PENSEJAJARAN

BARU

AMIN

PKR + UMNO ZAHID

AMIN

BERSATU + 

UMNO SABRI

AMIN

DAP PERAK + 

UMNO PERAK

AMIN

AMANAH 

KAWIN MUDA

KAWIN PEJUANG

AMIN

SEMUA MUNGKIN

KHALAS

PARTI ISLAM PAS 

TERUS 

BUKA KANGKANG

KANG KANG KANG

KHALAS




1 ulasan:

capt salai berkata...

Dah sampai masa sistem dua parti diperkenalkan,kalau tak selagi tu bercelaru..yang mampus rakyat sbb lompat bangunan ahli politik lompat dapat jota jota..hakthuiii