Isnin, 23 Ogos 2021

VARIAN BARU DALAM HIDUNG

 

 

INI BERITA

MENAKUTKAN &

MEMBERI INGATAN

AMIN



Varian Delta boleh biak dalam hidung orang divaksin, kata Noor Hisham

KETUA Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata varian Delta Covid-19 boleh membiak di dalam hidung orang yang telah divaksin sama seperti keadaan mereka yang tidak divaksin langsung, menurut kajian awal dalam kes jangkitan selepas divaksin.

Dr Noor Hisham berkata kajian sebelum ini di India; Provincetown, Massachusetts, Amerika Syarikat dan Finland menunjukkan jangkitan varian Delta selepas divaksin, memungkinkan paras kewujudan virus yang tinggi di dalam hidung manusia sama ada mereka divaksin atau tidak. 

“Virus yang membesar itu boleh berjangkit sebagaimana mereka yang tidak divaksin, bermakna mereka yang sudah divaksin boleh merebakkan virus ini dan menjangkiti yang lain, “katanya.

Dr Noor Hisham berkata biarpun kemungkinan jangkitan kepada mereka selepas divaksin boleh menjangkiti yang lain, individu yang sudah divaksin masih lagi terlindung daripada jangkitan dan  bahaya kematian.

“Tambahan pula ia mengurangkan kemasukan ke hospital dan penggunaan katil unit rawatan rapi. Oleh itu tolong dapatkan suntikan vaksin,” katanya. – Bernama, 21 Ogos, 2021.

 

TIDAK ADA 

JALAN LAIN

KITA JAGA KITA

AMIN

KITA IKUT

ARAHAN PIHAK

 PERUBATAN


AMIN

KITA PATUH SOP

KHALAS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam hidung abam ada virus jugak ke? Lama sengaunya