Isnin, 23 Ogos 2021

MURAI OOH MURAI


 

GUA SELALU

TULIS HAL MURAI

YANG INDAH 

SUARA BERLAGU

AMIN

GUA HANYA 

MENDENGAR 

MENIKMATI

AMIN

TIDAK ADA NIAT

UNTUK MEMILIKI

AMIN






Lelaki cedera ditetak, bergaduh hilang burung murai di Bachok

SEORANG lelaki cedera parah selepas ditetak tiga lelaki dalam pergaduhan yang berpunca kerana kehilangan seekor burung murai peliharaannya di Kampung Pauh Jabit, Tawang, di Bachok semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok DSP Mohamad Ismail Jamaluddin berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa Mohd Roslaidi Arifin, 42, putus ibu jari kanan, luka di bahagian atas kepala, betis kanan serta lutut kiri.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, mangsa mencari seorang lelaki bernama Farid untuk berbincang mengenai kecurian burung peliharaannya iaitu spesies Murai Batu yang didakwanya telah dicuri Farid, dua hari lepas.

“Mangsa datang ke tempat kejadian yang merupakan rumah seorang lelaki bernama Jiji iaitu rakan kepada Farid kerana dia (Farid) sering melepak di situ. Namun, Farid tiada di tempat kejadian dan mangsa bertindak menggari Jiji untuk dijadikan tebusan.

“Semasa kejadian, mangsa diserang oleh tiga suspek iaitu Jiji, Jimi dan seorang lagi tidak dikenali, dengan menggunakan sebilah golok dan pedang sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Ismail, mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia dekat Kota Bharu, malah pihaknya juga sudah mengenal pasti ketiga-tiga suspek dan sedang mengesan mereka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – Bernama, 23 Ogos, 2021.

 MURAI OO MURAI

SUARA MU

YANG INDAH

JADI REBUTAN 

BUNUH BUNUHAN

KHALAS



Tiada ulasan: