Ahad, 29 Ogos 2021

NASI DAH JADI BUBUR

 


 SUDAH

 TERLAMBAT

KAH KAH KAH

NASI JADI BUBUR

KEMUDIAN

 BERKERAK

KAH KAH KAH

KALAU SHAFIE 

MUNGKIN BERJAYA

AMIN



GPS tak sokong Anwar sebagai PM kerana DAP, kata penganalisis Sarawak


DAP sekali lagi menjadi punca Anwar Ibrahim hilang peluang menjadi perdana menteri, kata penganalisis dan pemerhati politik di Sarawak.

Parti itu yang merupakan rakan gabungan Pakatan Harapan yang diterajui Anwar didakwa menjadi punca Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak memberi sokongan kepada presiden PKR sebagai perdana menteri kesembilan.

GPS-gabungan empat parti di Sarawak- dengan 18 ahli Parlimen boleh dengan mudah membawa Anwar melepasi takat 111 sokongan yang diperlukan bagi menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada 13 Ogos selepas hilangan sokongan di Parlimen.

Anwar dilaporkan mempunyai sokongan 105 ahli Parlimen dan sekiranya GPS turut menyokongnya, beliau akan mendapat sokongan 123 ahli Parlimen, satu majoriti selesa.

Pesara pensyarah sains politik Universiti Sains Malaysia (Unimas) Jeniri Amir dan pakar politik Universiti Tasmania James Chin bersetuju yang tidak mungkin GPS akan menyokong Anwar kerana mereka tidak mahu bekerjasama dengan DAP, terutama sekali apabila Lim Guan Eng dan Chong Chieng Jen masih pemimpin utama parti itu.

Jeniri dan Chin berkata tindakan Lim yang merupakan setiausaha agung DAP dan Chong selaku pengerusi DAP Sarawak ketika PH menjadi kerajaan persekutuan masih tidak boleh dimaafkan pemimpin GPS.

Malah, Jeniri berkata kelakuan dua pemimpin utama DAP itu menyebabkan mereka dibenci GPS.

Lim adalah menteri kewangan dan Chong adalah timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna dalam pentadbiran kerajaan PH selama 22 bulan.

PH mentadbir kerajaan persekutuan bermula Mei 2018 apabila ia menang pilihan raya umum dan tumbang pada Februari 2020 apabila perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad bertindak meletak jawatan.

Lim dituduh membatalkan berpuluh projek pembangunan infrastruktur di Sarawak yang bernilai ratusan juta ringgit.

Kesemua projek itu diluluskan kerajaan Barisan Nasional sebelum itu.

Antara projek yang dibatalkan termasuklah projek mitigasi banjir dan lima projek mega pembinaan jambatan di lebuh raya di seluruh Sarawak.

Pembatalan itu dilaporkan untuk “menghukum’ Sarawak yang ketika itu adalah negeri pembangkang dan mengangkat imej DAP menjelang pilihan raya negeri.

Memburukkan keadaan, Lim, dalam lawatan ke Sarawak untuk menghadiri majlis anjuran DAP di Kuching pada Jun 2019 dilaporkan berkata Sarawak akan muflis dalam tempoh tiga tahun kerana salah urus kewangan.

Jeniri berkata tindakan dan dakwaan liar itu bukan sahaja menimbulkan masalah kepada DAP tetapi juga kepada sekutu mereka, dalam kes pergolakan politik terbaru ini melibatkan hidup mati sokongan kepada Anwar.  

Kesumat GPS-Chong

Chong, ahli Parlimen Stampin dan Adun Kota Sentosa juga mempunyai sejarah lama bertekak dan bergaduh dengan pemimpin kanan GPS dalam Dewan Undangan Negeri.

“Jadi ia (hubungan DAP dengan GPS) bukan hanya soal Guan Eng tetapi Chong juga,” kata Chin.

Bagaimanapun, kesemua penganalisis politik ditemui The Malaysian Insight berkata sekiranya ada peluang GPS akan menyokong perdana menteri yang “mereka sudah biasa dan boleh dipercayai”.

“Mereka sudah bersama Barisan Nasional (BN) lebih 40 tahun. Mereka sangat selesa dengan BN, tak kisahlah apa gelaran yang mereka (GPS) guna untuk diri sendiri sekarang.”

Disebabkan itulah GPS menyokong Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai pengganti Muhyiddin.

Ini bukan kali pertama GPS berbuat demikian, dalam krisis politik terdahulu, GPS turut menyokong Muhyiddin dan bukannya Anwar sebagai perdana menteri selepas peletakan jawatan Dr Mahathir yang mengheret negara ke krisis politik pada Februari 2020.

“Ada sejarah panjang bekerja dengan BN dan Umno, mereka lebih percayakan Umno dan BN. Jadi jika diberi peluang, mereka akan pergi dengan Ismail (Umno) dan itulah yang berlaku,” kata Chin.

Profesor Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya turut bersetuju dengan pandangan ini.

GPS merasakan lebih selamat bekerjasama dengan rakan yang sudah lama dikenalinya seperti Umno yang boleh dianggap sebagai “abang long” walaupun GPS sudah keluar daripada BN, kata Awang Azman.

Bagaimanapun, Chin dari Universiti Tasmania berkata GPS tidak menyokong Anwar kerana “mereka tak percayakan Anwar”.

“Itu paling utama. Mereka tak rasa Anwar boleh kotakan apa yang dia janjikan.”


Awang Azman bagaimanapun berkata beliau tidak merasakan wujud isu kepercayaan antara pemimpin GPS dan Anwar kerana mereka pernah berkerjasama ketika kedua-duanya masih di dalam BN.

“Mereka yang mengikuti politik Sarawak akan tahu yang lebih 20 tahun lepas, Anwar dilaporkan menyokong Abang Johari dalam pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu menentang Adenan Satem untuk pertandingan jawatan timbalan presiden.”

Pada pemilihan jawatan PBB tahun 1998 itu, Abang Johari menewaskan Adenan dan Abang Abu Bakar untuk menjadi timbalan presiden.

Semalam, pada majlis pelancaran kampus Centex di Mukah, Abang Johari sekali lagi menegaskan yang keputusan GPS untuk memberi sokongan kepada Ismail Sabri sebagai perdana menteri dibuat kerana wujud keperluan untuk “sebuah kerajaan yang stabil” di Putrajaya.

“Apa yang penting adalah kerajaan (persekutuan) perlu stabil sebab kita dalam pandemik.”

Kenyataan yang nadanya serupa ketika GPS memberikan sokongan kepada Muhyiddin tahun lepas. – 29 Ogos, 2021.


SUSAH NAK

BERI FAHAM

KAH KAH KAH

SELAGI ANWAR

JADI CALON

PAKATAN AKAN

KANTOI

AMIN

KENA PIKIR 

CARA BARU

AMIN

CARI CALON 

BARU UNTUK

MEMIMPIN PAKATAN

KHALAS



Tiada ulasan: