Ahad, 29 Ogos 2021

TAHNIAH - BARISAN HADAPAN

 



TAHNIAH

BARISAN DEPAN


61.9% populasi dewasa Malaysia sudah lengkap divaksin

KADAR vaksinasi naik sedikit kepada 61.9% populasi dewasa sudah divaksin. Ia melibatkan 336,646 dos vaksin Covid-19 yang diedar semalam, rendah berbanding 343,900 dos kelmarin.

Daripada dos semalam, 146,632 adalah dos pertama dan 190,010 adalah dos kedua.

Dengan jumlah itu, 14.4 juta orang dewasa Malaysia kini lengkap dua dos vaksin, manakala 19.2 juta atau 82.2% sudah menerima satu dos vaksin.

Secara keseluruhannya, 33.72 juta dos vaksin diedarkan sejak program vaksinasi bermula 24 Februari lalu.

Labuan merekodkan kadar vaksinasi tertinggi dengan 63,830 orang atau 93.2% populasi dewasanya sudah menerima dua dos vaksin.

Lembah Klang pula merekodkan jumlah dos tertinggi diedarkan dengan 6.8 juta dos pertama dan 5.5 juta dos kedua. – 29 Ogos, 2021.





1 ulasan:

Hakimi Abdul Jabar berkata...

DI MANAKAH KEPRIHATINAN TERHADAP KESENGSARAAN & KEPAYAHAN RAKYAT MARHAEN?

Tadi pukul 6 petang, saya baru berbual dengan kawan lama Sekolah Tinggi Batu Pahat (HSBP) Mohd Faudza Makchik yang sudah 2 tahun sejak mulanya pandemik Covid-19 melanda terpaksa menutup perniagaan membaiki kasutnya dan mengeluarkan simpanan wang KWSP demi saraan hidup keluarganya termasuk ibunya yang berumur 91.

Di manakah keprihatinan kerajaan pusat, ketua negeri dalam istana, ketua & pimpinan kerajaan negeri dan kesemua politikus malahan golongan hartawan atas angin yang banyak menerima projek kerajaan terhadap kesengsaraan dan penderitaan rakyat seperti usahawan kecil seperti Faudza Makchik yang menanggung sara hidup keluarganya dengan wang simpanan KWSPnya yang semakin habis malahan sebenarnya sudah habis kering?