Isnin, 30 Ogos 2021

RUNDING - TAK RUNDING JATUH

 

SEKALI LIHAT

MACAM KENA PAU

AMIN

 INI HAKIKAT

KEJAYAAN BESAR

 PRU14

AMIN

PECAH KUASA

HEGEMONI UMNO

AMIN

TAKADA PARTI

DOMINAN ABANG

BESAR

KHALAS




PM mahu Kabinet putuskan rundingan dengan pembangkang, kata sumber



ISMAIL Sabri Yaakob menyerahkan kepada Jemaah Menteri untuk memutuskan cadangan perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) dengan pembangkang membabitkan beberapa agenda pembaharuan sebagai ganti sokongan kepada kerajaan baharu, kata sumber.

Pendirian itu dimaklumkan oleh perdana menteri kepada tiga ketua parti dalam Pakatan Harapan (PH) – Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng – semasa pertemuan mereka minggu lalu.

Dua sumber yang maklum mengenai rundingan CSA berkenaan berkata pada pertemuan itu, Ismail Sabri tidak membantah cadangan tersebut.

“Cuma beliau kata perkara itu perlu diputuskan oleh Kabinet,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insight.

“Walaupun pertemuan itu atas jemputan perdana menteri, cadangan berkenaan dikemukakan oleh PH,” tambah sumber.

Menurut sumber, PH mahu tawaran reformasi yang sama yang sebelum ini dicadangkan oleh bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin mengemukakan cadangan tujuh pembaharuan untuk mendapatkan sokongan pembangkang, dalam usaha terakhir mengekalkan kerajaan menjelang undi percaya di Parlimen bulan depan.

Tawaran itu ditolak dan Muhyiddin meletak jawatan tiga hari kemudian.

Antara cadangan reformasi yang ditawarkan Muhyiddin termasuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal, memperkenalkan undang-undang antilompat parti, serta mengurangkan umur layak mengundi kepada 18 tahun.

Beliau juga mencadangkan peruntukan sekata untuk semua ahli parlimen dan menambah had siling dana Covid-19 kepada RM45 bilion menjadi RM110 bilion.

Muhyiddin juga menjanjikan reformasi Parlimen iaitu rundingan awal dengan pembangkang sebelum pembentangan sesuatu rang undang-undang, melantik lebih ramai wakil pembangkang dalam jawatankuasa pilihan dan menjadikan jawatan ketua pembangkang bertaraf menteri.

Ketua publisiti DAP Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Damansara memberitahu sebuah forum dalam talian pada Jumaat, PH “sedia” membuat perjanjian dengan kerajaan.

Beliau yakin rundingan itu akan berjaya kerana kedudukan Ismail Sabri tidak kuat dalam Umno.

Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution juga mengesahkan rundingan tetapi berkata, kenyataan Pua “masih terlalu awal” kerana perbincangan masih lagi berjalan.

Perjanjian yang sedang dirunding itu turut dirujuk oleh veteran DAP Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri sebagai perjanjian kepercayaan-perbekalan-reformasi atau CSRA.

Mahukah Umno, PAS, Bersatu setuju?

Seorang lagi sumber, yang mengesahkan perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri, berkata PH tidak berharap semua syarat akan dipersetujui.

“Sesetengah tuntutan itu sukar kerana Umno dan PAS mungkin tidak sokong.

“Senang kalau setakat peruntukan sama rata antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan tetapi PH mahu undang-undang antilompat parti sebelum hujung tahun.”

Sumber berkata, kerajaan Perikatan Nasional dibentuk kerana beberapa ahli parlimen melompat parti dan bekas menterinya, yang juga sekarang menteri dalam pentadbiran Ismail Sabri, mungkin keberatan untuk bersetuju.

“Umno mungkin akan setuju kali ini kerana parti itu juga merasai kesan lompat parti sejak 2018,” kata sumber, yang juga seorang ahli parlimen.

Pua berpendapat perjanjian CSRA akan menguntungkan Ismail Sabri kerana beliau mewarisi majoriti tipis Muhyiddin, apabila hanya mendapat 114 sokongan daripada 220 anggota Dewan Rakyat.

“Beliau tidak akan mahu masuk ke perangkap sama atau lemah seperti Muhyiddin.

“Jadi, Ismail Sabri membuat langkah awal yang betul – mari berunding dengan pihak sana, mari capai persetujuan yang akan pastikan saya stabil dan membolehkan saya mengawal musuh dalaman, Najib, Zahid dan kluster mahkamah,” katanya.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mengetuai kumpulan ahli Parlimen yang menarik sokongan kepada Muhyiddin, sementara Ismail Sabri mengetuai kumpulan satu lagi menyokong Muhyiddin.

Dua kumpulan itu bagaimanapun mencapai kata sepakat mengangkat Ismail Sabri sebagai calon tunggal menggantikan Muhyiddin.

Ismail Sabri bagaimanapun melantik ahli Parlimen daripada kumpulan Zahid sebagai menteri, kecuali seorang iaitu Noh Omar yang diberi portfolio pembangunan usahawan dan koperasi.

Pentadbiran Ismail Sabri setakat ini tidak mengulas rundingan dengan pembangkang untuk mencapai perjanjian sokongan.

Jemaah Menteri yang mengangkat sumpah di Istana Negara hari ini dijangka akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada Rabu. – 30 Ogos, 2021.

 

SEMUA PERLU

DIRUNDING

AMIN

SEMUA WAJIB

DIAMBIL KIRA

AMIN

KUASA 

GEROMBOLAN

DILEMAHKAN

AMIN

INI BAIK UNTUK

RAKYAT SEMUA

KHALAS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gubal akta antilompat parti kerja sia-sia.. akhirnya ada orang nampak.. kah kah kah