Isnin, 30 Ogos 2021

KITA SEMUA DALAM SATU KAPAL

 


 KITA SEMUA

DALAM SATU

KAPAL 

AMIN

KIBARKAN 

BENDERA

PUTIH

KHALAS

Hakimi Abdul Jabar commented on

 "TAHNIAH - 

BARISAN HADAPAN"

DI MANAKAH KEPRIHATINAN TERHADAP KESENGSARAAN & KEPAYAHAN RAKYAT MARHAEN? Tadi pukul 6 petang, saya baru berbual dengan kawan lama Sekolah Tinggi Batu Pahat (HSBP) Mohd Faudza Makchik yang sudah 2 tahun sejak mulanya pandemik Covid-19 melanda terpaksa menutup perniagaan membaiki kasutnya dan mengeluarkan simpanan wang KWSP demi saraan hidup keluarganya termasuk ibunya yang berumur 91. 



Di manakah keprihatinan kerajaan pusat, ketua negeri dalam istana, ketua & pimpinan kerajaan negeri dan kesemua politikus malahan golongan hartawan atas angin yang banyak menerima projek kerajaan terhadap kesengsaraan dan penderitaan rakyat seperti usahawan kecil seperti Faudza Makchik yang menanggung sara hidup keluarganya dengan wang simpanan KWSPnya yang semakin habis malahan sebenarnya sudah habis kering?

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Eh ..dah 2020 ni ..kalau ikut sunnah Kutti Kerala dingan warkah agung nye "Wawasan 2020" ..jam ni Malaya dah jadik nigara maju hampir sama maju dingan Tumasik. Tumasik jam kovid ni apo crita ..ada kibar bindira putih ko. Nak tanyo "kapsul 2020" dah jumpo lon ..tanyo jo ..