Jumaat, 24 September 2021

KESAH MAKIN SASPEN

 


Firdaus Wong dedah video klip abang mangsa serangan seksual

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan sebuah klip video sumpah laknat seorang individu menerusi saluran Telegram miliknya, hari ini.

Rakaman klip video berdurasi 46 saat memaparkan seorang lelaki dari bahagian belakang itu mengakui beliau merupakan abang kepada mangsa serangan seksual yang didakwa membabitkan seorang pendakwah popular.

“Setelah perbualan saya bersama mangsa dan ahli keluarganya menerusi Google Meet selama hampir dua jam kelmarin, ahli keluarga mangsa yang sangat ‘supportive’ (kuat menyokong) ini meminta saya kongsikan video sumpah laknat mereka.

“Ini adalah video sumpah laknat (mubahalah) dari abang mangsa sebagai saksi bagi membuktikan adiknya menerima mesej serta panggilan video lucah berkenaan sehingga mengalami kemurungan, tekanan dan cuba membunuh diri,” tulisnya.

Beliau yang juga merupakan Pengasas dan Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata, akan tiba masanya mereka akan tampil ke khalayak ramai demi menyatakan sebuah kebenaran.

“Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu. Ini adalah keluarga contoh yang menyokong jihad ahli keluarga mereka yang menerima mesej terkutuk sebegitu,” ujarnya.

Sebelum itu, Firdaus Wong turut memuat naik tulisan menyatakan mangsa serta ahli keluarga beberapa individu terlibat ada menghubunginya untuk memberi kata-kata semangat.

“Antara kata-kata mereka, ‘brother’ kena terus kuat untuk terus memberikan kekuatan kepada kami. Bila kami lihat ‘brother’ kuat, maka kami pun jadi kuat semula.

“Kami kasihan ‘brother’ kena maki hamun setiap hari kerana mahu menegakkan keadilan buat kami. Kami baca komen-komen itu semua terasa macam hendak balas tetapi kami ingat pesan ‘brother’ agar kami bersabar,” tulisnya.

Semalam, Firdaus Wong menerusi laman Facebook miliknya memuat naik satu hantaran yang antaranya menyatakan akan ada sesuatu yang besar bakal berlaku dalam sehari dua ini. – 

DULU KITA

ADA DENGAR

SAMSENG 

BERGADUH SAMA

SAMSENG

KAH KAH KAH

MEREKA REBUT

KAWASAN PAU

KAH KAH KAH

SEKARANG 

FENOMENA BARU

KAH KAH KAH

PENDAKWAH

NAK TUNJUK

SAPA BANYAK

 BERSEDEKAH

KAH KAH KAH

SAPA LEBIH ALIM

DARI SIAPA

KAH KAH KAH

SIAPA LEBIH 

PANJANG JANGGUT

LEBIH TEBAL

SERBAN

LEBIH  ARAB DARI

TOK ARAB 

KAH KAH KAH

BAGAIMANA 

KES RABA RABA

KAH KAH KAH

ITU KES

SAMPINGAN 

SAP SAP SUI

AMIN

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jgn lah dijadikan dakwah itu sebagai salah satu industri.

Unknown berkata...

Ini kiranya bukan hal politik tapi itulah Tt yang gwa kenal kalau hal babitkan oram agama siap la memang takkan telepas pandang dek Tt. Tar Senik Tariq Ramadan khairudin Mawar razali al Audi antara selebriti yang pernah diberi nobat oleh Tt. Setakat ni yang selamat tkde apa2 isu dimata Tt hanyalah bomoh malaysia burahim mat zin…

herman adnan berkata...

SHAM RAIS, dah lama aku cakap kat budak-budak nih
religion is just an opium
malah perniagaan yang paling menguntungkan di atas muka bumi adalah memperdagangkan agama

Tanpa Nama berkata...

Tuan TT, semua ini hanya nak menunjuk-nunjuk takut orang tak kenal mereka atau apa kebaikan yang telah mereka lakukan. Begitu jugak nak berbagai gelaran seperti pendakwalah, penyumbanglah, blah blah blah... pastu pakaian bukan main macam pak arab berkopiah atau kepala towel...
Sebagai seorang yang benar-benar beriman kepada penciptanya, tak perlu itu semuanya... munafik namanya tu kalau setakat nak bagi tau orang siapa mereka, kononnya diaorang saja la beriman dan wakil tuhan.. penipu namanya !

matstimketum berkata...

sekarang henpon dan komputer riba dan macam2 lg gajet bole kena hack, tuan yang punya nombor ato email belum tentu dia yang antar, usah buat fitnah!

Tanpa Nama berkata...

tak pe yang ni cina lawan cina.. melayu boleh tepuk tangan

khalas..

Tanpa Nama berkata...

ini wong dan lew nie nak main wayang apa nie... makin hari makin galak nie... dulu ostat melayu kato buek perangai.. nie ostat cino lak buek prangai... parah la cengini..

panglimo potaseh berkata...

Pendakwah ni apa ..yang gwa tingok Pendakwah kita hanya sebar Islam pada sosok yang dah Islam je, yang dah bertakok. Ini lah Pendakwah kita, kirja hanya untuk jual cheramah, jual show dan pungut derma ..bagi je dirma pada TaT kompom dapat balon bidadari, TaT pula di dunia dah dpt balon badadara atau bidajanda. Paling senang ceramah ada lah di misjid dan surau ..setiap kata2 TaT odian hanya angguk2 je ..lps abis ceramah TaT salam dgn AJK misjid, dalam salam tu ada RM500-1,000 upah ceramah ..lps tu makan 2-3 pinggan nasik. Pendakwah kita patot contohi Mubaligh Kristian yg sanggup berbulan masok utan nak kasi orang asli masok kristian ..tu sebab Asli lbh ramai jadi Keristian atau free thikker mcm TT drp Islam.