Sabtu, 11 September 2021

MUHYIDIN TEGAS TOLAK KLEPTOKRAT

 

DALAM HAL

KLEPTOKRAT

MUHYIDDIN TEGAS

AMIN

INI TAK BOLEH

DINAFIKAN

AMIN 

MUHYIDIN

TAK AKAN

 KERJA SAMA

DENGAN

 TIM BANDUAN

KHALAS



Bersatu konsisten tolak kleptokrat, kata Wan Saiful

BERSATU konsisten menolak kleptokrat dalam kerajaan, kata ketua penerangannya Wan Saiful Wan Jan, ketika spekulasi semakin hangat bekas perdana menteri Najib Razak akan dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada perdana menteri.

Katanya, mereka yang terpalit kes mahkamah boleh menyokong kerajaan tetapi tidak boleh terlibat dalam urusan pentadbiran sehingga nama mereka dibersihkan mengikut undang-undang.

“Ini adalah konsistensi kita. Dari segi dia hendak sokong (kerajaan), itu kita tidak boleh halang. Pembangkang nak sokong pun silalah sokong, tidak ada masalah.

“Kita jelas di sini bahawa ada beza antara mereka yang hendak menyokong kita, kita tidak halang malah kita menjemput semua pihak menyokong usaha yang kita lakukan.

“Tetapi, untuk meletakkan mereka di tempat yang tidak sepatutnya, selagi nama mereka belum dibersihkan, itu sehingga hari ini masih tidak dilakukan. Itu konsistennya kita,” katanya dalam wawancara dengan Astro Awani, malam tadi.

Wan Saiful menjelaskan sikap Bersatu jelas apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin Yassin tidak juga melibatkan mereka dalam pentadbiran kerajaan.

Semasa pembentukan kerajaan baharu selepas beliau letak jawatan, Muhyiddin selaku pengerusi PN berkata sokongan mereka kepada Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri bersyarat.

Antara syaratnya ialah pentadbiran Ismail hanya melibatkan individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah

Beberapa media yang memetik sumber semalam melaporkan Najib akan dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.

Najib mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri di pejabat perdana menteri di Putrajaya pada Selasa.

Ismail Sabri berkata mereka berbincang mengenai cabaran ekonomi dalam dan luar negara serta strategi menangani Covid-19.

“Najib komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta,” tulisnya di Facebook.

Najib juga menulis di Facebook memaklumkan pertemuan mereka membincangkan  keadaan semasa ekonomi Malaysia dan langkah-langkah yang wajar kerajaan ambil untuk memulihkannya.

Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah atas tuduhan menyeleweng RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan sedang merayu sabitan dan hukuman itu di Mahkamah Rayuan. – 11 September, 2021. 


SABRI JADI PM

DENGAN SYARAT

AMIN

SATU SYARAT

DAH BOCOR

AMIN

SYARAT UTAMA

NO KLEPTOKRAT

AMIN

APAKAH SABRI

AKAN LANGGAR

SYARAT

AMIN

APA AKAN JADI 

KALAU  SABRI

LANGGAR

SYARAT ?

JENG JENG JENG



Tiada ulasan: