Sabtu, 11 September 2021

PANDANGAN MASUK AKAL

 


SEKALI DENGAR

INI

PANDANGAN

MASUK AKAL

AMIN

KAUM PEMODAL

KAUM KAPITALIS

PARA CUKONG

SUKA DENGAR

SUARA MACAM INI

AMIN



Malaysia sukar berubah kerana 'raksasa berkepala 3', kata Nazir Razak

SUKAR untuk melaksanakan pembaharuan di Malaysia kerana negara dikawal oleh raksasa berkepala tiga iaitu rasuah, identiti puak dan tumpuan kuasa Umno, kata bekas pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Nazir Razak.

Raksasa ini sukar dikalahkan, malah setiap percubaan untuk reformasi sering kali gagal, katanya dalam sebuah webinar.

Sifat-sifat negatif ini timbul secara tidak sengaja selepas rusuhan 13 Mei 1969, tambah Nazir.

Hasil kerja Majlis Perundingan Negara ketika itu sebenarnya membuah hasil positif seperti kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi yang mengurangkan kemiskinan selain kekayaan dibagi sama rata antara kaum.

Namun ia turut menghasilkan perkara negatif seperti rasuah, pengukuhan identiti kaum dan penumpuan kuasa dengan Umno dan dalam pejabat perdana menteri.

“Dari masa ke masa, ketiga-tiga kesan negatif ini mengatasi kesan positifnya, jadi saya sering gambarkan Malaysia diperintah oleh raksasa berkepala tiga ini,” katanya dalam ucaptama webinar The Pandemic and The Case for a National Reset hari ini.

“Ianya raksasa sebab susah untuk dibunuh. Ia lawan percubaan untuk pembaharuan. Ada banyak percubaan, terutamanya pada tahun-tahun awal (Abdullah Ahmad) Badawi, Najib (Razak) dan pemerintahan kedua Dr Mahathir (Mohamad). Tetapi tidak ada banyak yang berjaya,” tambahnya.

Beliau berkata terdapat banyak kejayaan dalam perubahan oleh Abdullah Badawi untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Namun, tidak lama kemudian ia diterbalikkan.

“Dalam kes pembaharuan GLC Badawi ada banyak kejayaan tetapi kemajuan dengan cepat diterbalikkan. GLC diseret ke alam politik dengan pelantikan pemimpin politik, skandal kewangan seperti Felda, Tabung Haji dan yang paling dramatik, 1MDB,” katanya menambah bencana 1MDB menggegarkan asas politik Malaysia.

Nazir, yang merupakan adik bekas perdana menteri Najib Razak, berkata pandemik Covid-19 telah mendedahkan kelemahan sistemik negara.

“Malaysia menghadapi pandemik Covid-19 ini dengan keadaan politik yang tidak stabil, pertumbuhan ekonomi rendah selain hutang kerajaan yang tinggi, pelaburan langsung asing lemah, endemik rasuah yang menggoncang hubungan antara masyarakat selain banyak bakat hilang,” katanya.

Walaupun kerajaan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dilihat pada awalnya berjaya kekang masalah ini namun kegagalan politik telah merampas kejayaan awal tersebut, tambahnya. – 10 September, 2021.

KAPITALIS

BUAT UNTUNG

TANPA SEKATAN

AMIN

BANK BUAT

DUIT ATAS ANGIN

AMIN

KOPERATION

JADI KEMUDI

MEMPANGLIMA

NEGARA 

AMIN  

MULA MULA 

MEREKA

TAK BAYAR CUKAI

AKHIRNYA 

 JADI KERAJAAN

AMIN

CONTOH TERBAIK

AMERIKA SAREKAT 

KHALAS



Tiada ulasan: