Ahad, 31 Oktober 2021

ALFATIHAH



AL-FATIHAH


James Masing meninggal dunia akibat Covid-19

IMBALAN Ketua Menteri Sarawak, James Jemut Masing dilaporkan meninggal dunia pagi ini akibat komplikasi Covid-19 selepas dimasukkan ke hospital.

Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) Janang Bungsu mengesahkan berita itu kepada media.

Masing, 72, dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching pada jam 7.05 pagi.

Presiden PRS itu dimasukkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19 pada 28 September lalu.

Pada Jun 2021, adik lelakinya Jantai Masing, 68, juga meninggal dunia akibat Covid-19.

Masing merupakan menteri negeri yang bertanggungjawab dalam pembangunan, infrastruktur dan pelaburan.

Beliau pertama kali memenangi kerusi DUN Baleh pada 1983 dan berjaya mengekalkan kerusi itu selama sembilan penggal berturut-turut, termasuk pada pilihan raya negeri yang lalu. – 31 Oktober, 2021.


Tiada ulasan: