Isnin, 11 Oktober 2021

BERITA DARI KAMPUNG

 



Malaysia capai 90% kadar vaksinasi dewasa

MALAYSIA akhirnya mencapai 90% kadar vaksinasi populasi dewasa semalam.

Menurut laman web CovidNow, seramai 21.07 juta penduduk dewasa di negara ini sudah menyelesaikan vaksinasi Covid-19 mereka sementara 1.11 juta atau 4.8% menerima satu dos vaksin.

Dari segi populasi umum, 21.30 juta atau 65.2% penduduk negara ini sudah diberi vaksin sepenuhnya. Sementara itu, 9.7% atau 3.15 juta sudah menerima satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun, 231,714 atau 7.4% sudah diberi vaksin sepenuhnya sementara 2.04 juta atau 64.8% sudah menerima satu dos vaksin Covid-19. 

Sebanyak 45.65 juta dos termasuk 129,518 semalam sudah diberikan sejak Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Kebangsaan dimulakan pada 24 Februari. 

Lembah Klang mempunyai kadar vaksinasi tertinggi dengan 82.2% populasi amnya mendapat satu suntikan vaksin dan 112.1% orang dewasa sudah menyelesaikan vaksinasi.

Sabah mempunyai kadar perlindungan vaksinasi terendah dan merupakan satu-satunya negeri yang kadar vaksinasi dewasanya kurang 70%.

Kadar vaksinasi lebih 100% bermaksud angka termasuk perubahan dalam ukuran populasi yang tidak dikira dalam bancian terakhir. Jumlah itu juga termasuk penduduk yang tidak mempunyai dokumen.

Rakyat Malaysia yang diberi vaksin sepenuhnya dibenarkan merentas sempadan negara tanpa perlu meminta kebenaran daripada pihak berkuasa mulai hari ini, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Beliau berkata, orang ramai kini boleh pulang ke kampung halaman mengunjungi keluarga mereka atau bercuti.

Walaupun tidak wajib, Ismail mendesak rakyat Malaysia untuk menjalani ujian Covid-19 sendiri sebelum memulakan perjalanan. – 11 Oktober, 2021.


TAHNIAH

BARISAN DEPAN

AMIN

SAPA LAGI

10% BELUM

DI CUCUK ?

AMIN

TAK DICUCUK

BUKAN MASALAH

KERANA VAKSIN

INI PUN BELUM

MENJAMIN KALIS

DARI KOBID

AMIN

 MALAH  ADA

PAKAR  VIROLOGIS

YANG KLIM

VAKSIN mRNA 

INI  BERUPAYA

MENGUBAH DNA KITA

AMIN

JADI 10% YANG

TAK DI VAKSIN

AKAN JADI BAHAN

UNTUK KAJIAN

MASA DEPAN

  KHALAS

AWAS!!!

PENDEMIK KINI  

 DAH

JADI PLANDEMIK

KHALAS


1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Akhir nye Melayu capai jugo target % nye, itu pun bidang cocok moncocok 90% dah tak do daro. Dulu Melayu gagal nak dapek 30% DEB ..gagal sobab Melayu rompak Melayu. Lepas tu W2020 lagi torok, katonyo koarah nogaro pondapatan tinggi jadi Ghimau Asia kunon nyo ..las-las jadi anak babi jo, angkek mendero putih baru dapek makan ..den nak tanyo botol todi KAPSUL 2020 mana ilang eay ..cilako punyo Kutti ..