Isnin, 11 Oktober 2021

BELAJAR ASAS POLITIK

 



Umno minta bantuan henti krisis Melaka, kata DAP

ADA percubaan saat-saat akhir oleh speaker Melaka untuk meminta pertolongan DAP bagi menyelamatkan kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali daripada tumbang, kata ketua parti negeri itu Tey Kok Kiew.

Tey berkata, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Ab Rauf Yusoh mendesak DAP campur tangan untuk menyelamatkan kerajaan negeri susulan penarikan diri empat Adun daripada pakatan kerajaan negeri.

“Speaker Ab Rauf meminta kami (DAP) menghentikan usaha empat Adun itu atau beliau akan membubarkan (DUN),” kata Tey.

Tey berkata, beliau kemudian membincangkan perkara itu dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan mendapati Umno tidak berada dalam kedudukan terbaik untuk menghentikan apa yang berlaku di Melaka.

“Ini kerana mereka (Umno) menjadi sebahagian daripada masalah. Kami tidak mahu campur tangan dalam masalah mereka.

“Kami kemudian memutuskan Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam adalah orang terbaik untuk menyelesaikan krisis Melaka,” katanya kepada The Malaysian Insight.



WOIT

INI ASAS ILMU

POLITIK

AMIN

DALAM POLITIK

TAK ADA MUSUH

BERTERUSAN

AMIN

YANG ADA HANYA

KEPENTINGAN 

TAK HABIS HABIS

KHALAS


Tiada ulasan: