Jumaat, 8 Oktober 2021

BERITA DUA PEKARA

 



Polis siasat kes dokumen pertukaran wang asing palsu libat TMJ

POLIS Johor melakukan siasatan berhubung kes pemalsuan dokumen surat aku janji bagi menjalankan urusan pertukaran mata wang asing yang dipercayai palsu dan melibatkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata siasatan dijalankan susulan polis menerima laporan berhubung dokumen berkenaan daripada Ketua Unit Media, Pejabat Komunikasi Keluarga Diraja Johor pada 7 malam, semalam.

Katanya, dokumen itu didapati dikeluarkan dan ditandatangani oleh seorang wanita tempatan yang bergelar Datuk Seri.

“Wanita terbabit mendakwa menerima mandat daripada Tunku Ismail untuk menjalankan urusan pertukaran mata wang 200 bilion sehingga 5 trilion Dolar Amerika Syarikat kepada Ringgit Malaysia.

“Urusan tersebut didapati turut melibatkan satu akaun bank atas nama seorang lelaki,” katanya menerusi kenyataan, di Johor Baru, hari ini. 

Ayob Khan berkata hasil siasatan menerusi laman web www.istiadat.gov.my mendapati, wanita terbabit tidak berdaftar sebagai Datuk Seri dan merupakan individu yang disyaki terlibat dalam kes penipuan Draf Bank Of Tokyo pada 2011.

Menurutnya, selain wanita terbabit, kes dipercayai turut melibatkan seorang lelaki tempatan iaitu seorang peguam yang merupakan proksi berkaitan dokumen berkenaan.

Ayob Khan menjelaskan siasatan bagi mengesan individu yang terlibat sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu yang kononnya mempunyai hubungan baik dengan pihak istana Diraja Johor tanpa usul periksa bagi mengelakkan sebarang penipuan. – Bernama, 8 Oktober, 2021.

INI BERITA 

DUA PEKARA

KAH KAH KAH

PERTAMA

BERITA INI

MACAM BIASA

PUKEEE MAK

TAK TUNTAS

AMIN

TAK TAHU SAPA

TAD ADA NAMA

AMIN

PEKARA KEDUA

 KITA SAKSIKAN

SAMPAI

KEMANA BERITA

INI NANTI

AMIN

HILANG DITENGAH

JALAN ATAU

HILANG PUPUS

TAK JUMPA UJUNG

PANGKAL

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: