Jumaat, 29 Oktober 2021

I GOD DI NUMBO

 




Pengundi Cina di Melaka enggan keluar mengundi

PENGUNDI Cina di Melaka mungkin tidak keluar mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) bulan depan kerana masih ramai yang bimbang jangkitan Covid-19 dalam masyarakat dan negara, kata pemimpin tempatan.

Terdapat 28 kerusi DUN Melaka dengan kerusi dominan Cina di Bemban, Bandar Hilir, Duyong, Kota Laksamana, Kesidang dan Ayer Keroh.

Pemimpin tempatan dari kawasan ini berkata PRN akan datang terus menjadi bualan dalam kalangan penduduk di kedai kopi, dan ramai bersetuju terdapat risiko jika keluar mengundi yang boleh menyebabkan peratusan keluar mengundi rendah.

Selain kebimbangan mengenai kesihatan, mereka juga muak dengan ahli politik dan sikap mementingkan diri untuk mengadakan pilihan raya.


Mereka menambah, walaupun keluar mengundi, ada kemungkinan mereka akan membuang undi rosak untuk menghukum ahli politik ini kerana menyebabkan krisis politik.

Bekas ketua kampung Bukit Beruang Yap Son Chung berkata tujuh daripada 10 penduduk kampung enggan keluar mengundi.

Chung berkata penduduk kampung kecewa dengan ahli politik yang mencetuskan kemelut politik di negeri ini ketika jangkitan Covid-19 masih menular.

Walaupun kebanyakan mereka sudah divaksin, penduduk kampung tidak berasa ia akan menghalang mereka daripada dijangkiti jika keluar mengundi, katanya.

“Sama ada di kedai kopi atau pasar, penduduk kampung bercakap tentang keengganan mereka untuk mengundi semasa pilihan raya. Ini adalah pendirian penduduk Melaka,” kata Chung kepada The Malaysian Insight.

“Penduduk di sini bimbang pilihan raya akan membawa kepada lebih banyak jangkitan seperti selepas PRN Sabah. Ahli keluarga juga tidak mahu membenarkan orang tua mereka yang berisiko dijangkiti untuk keluar mengundi.

“PRN ini tidak perlu dan saya percaya peratusan keluar mengundi akan rendah,” katanya sambil menambah beliau juga sudah menjelaskan kepada penduduk kampung yang vaksin belum ada semasa PRN Sabah diadakan.

Chung berkata penduduk kampung terutamanya tidak berpuas hati dengan empat ahli politik yang menarik sokongan mereka kepada ketua menteri Sulaiman Md Ali, mengakibatkan kejatuhan kerajaan negeri, dan pilihan raya.

Penduduk kampung tidak akan mengundi empat individu ini dan jika mana-mana parti politik mengambil mereka, ia akan membunuh peluang mereka juga, kata Chung.

Tindakan bekas ketua menteri Idris Haron (Sungai Udang-BN), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor-BN), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas-PN) dan Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu-Ind) menarik balik sokongan kepada Sulaiman awal bulan ini membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri.

Melaka akan keluar mengundi pada 20 November, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 8 November.

Pilihan raya yang tidak perlu

Bekas ketua kampung Sg Udang, Ee Kian Nam berkata pilihan raya kali ini diadakan hanya untuk kepentingan peribadi ahli politik tertentu dan ia sama sekali tidak perlu.

“Mereka di sekeliling saya menyuarakan tidak mahu menyertai pilihan raya semasa wabak kerana bimbang dijangkiti. Mereka juga tidak gembira dengan ahli politik yang memperlakukan mereka seperti orang bodoh. Mereka marah.

“Rakyat menderita dan ahli politik ini terus bertukar sokongan. Mereka sudah tawar hati dengan politik dalam negara dan bagi mereka pilihan raya semula ini membuang masa,” katanya.

Ee berkata katak politik amat tidak boleh dimaafkan.

“Pengundi memutuskan mereka akan mengundi berdasarkan calon. Jika katak, mereka tidak akan keluar mengundi.”

Penduduk Kesidang, Astrid Lye, 38, berkata gabenor sepatutnya tidak membubarkan DUN dan perlu menyelesaikannya melalui rundingan.

“Saya akan ambil cuti untuk balik mengundi dan saya akan bawa ibu mengundi di kawasannya juga. Tetapi jika tiada SOP yang betul di pusat itu, saya tidak akan benarkan ibu saya yang berumur 72 tahun pergi. Saya tidak sanggup mengambil risiko.

“Vaksin tidak bermakna kita tidak akan dijangkiti. Melaka telah memasuki fasa keempat pemulihan dan aliran penduduk ke negeri ini meningkat dengan mendadak.

“Kami bimbang ini akan membawa kepada satu lagi gelombang jangkitan di Melaka.”

Lye berkata siapa yang beliau undi akan bergantung kepada rekod perkhidmatan calon dan parti politik yang sealiran.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pemeliharaan tapak bersejarah di Melaka dan usaha meningkatkan pelancongan tidak seimbang.

“Sebagai penduduk tempatan, kami tidak mahu melihat tapak bersejarah dikorbankan demi pembangunan ekonomi dan pelancongan.

“Saya mahu mengundi calon yang akan bekerja keras untuk Melaka. Saya tidak mahu mengundi parti atau calon yang hanya pentingkan keuntungan.” – 28 Oktober, 2021.


PROJEK

I GOD DI NUMBO

GAGAL LAGI

KAH KAH KAH

MAT SABU

GUANG ENG

KENA TIPU LAGI

KAH KAH KAH

PADAN MUKA

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: