Jumaat, 29 Oktober 2021

SARAWAK UNTUK SARAWAK

 





Belia Sarawak lebih cenderung sokong pembangkang, menurut kajian

KAJIAN yang menunjukkan pembangkang mendapat kelebihan daripada Undi-18 mendorong desakan untuk mengadakan PRN Sarawak selepas kumpulan pemilih itu dimasukkan dalam daftar pengundi, kata penganalisis dan pemerhati politik.

Penganalisis berkata tinjauan pendapat umum dalam kalangan golongan ini menunjukkan ramai daripada mereka cenderung menyokong pembangkang.

Situasi ini mendatangkan kebimbangan bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah.

GPS dikatakan mendesak supaya PRN diadakan sebelum akhir tahun ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini mendaftarkan sebahagian besar pengundi muda tetapi daftar baharu dengan mereka yang berusia 18 tahun dijangka siap tahun depan.

Pengarah Institut Asia Universiti Tasmania, James Chin berkata ini adalah alasan sebenar pembangkang tidak mahu pilihan raya diadakan sebelum mereka yang berusia 18 tahun layak mengundi.

“Mereka percaya pada tinjauan pendapat umum yang mengatakan orang muda lebih anti-penubuhan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Ahli akademik itu berkata walaupun tiada rekod sejarah mengenai cara pengundi berusia 18 hingga 20 tahun tetapi tinjauan yang dijalankan oleh semua parti menunjukkan golongan muda secara amnya anti-penubuhan.

“Mereka suka politik melayani kepentingan mereka dan pandangan umum mereka menganggap politikus tidak mengikut kehendak anak muda,” katanya.

Sarawak kini berada di bawah peraturan darurat akibat pandemik Covid-19 yang akan berakhir pada Februari tahun depan.

Bagaimanapun pembubaran DUN Melaka dan PRN Melaka menambahkan tekanan kepada kerajaan negeri untuk turut melaksanakan PRN.

Tetapi Chin berkata pembangkang mungkin terkejut jika mereka banyak bergantung kepada tinjauan pendapat umum.

Chin berkata semua parti politik arus perdana di negeri ini melibatkan pengundi muda yang berpotensi ini.

Dia bahkan mendakwa beberapa organisasi yang menyasarkan golongan muda bergabung secara langsung dan tidak langsung dengan kerajaan. – 29 Oktober, 2021.

PARTI MANA

MELAUNGKAN

SLOGAN

SARAWAK UNTUK

SARAWAKIAN

PARTI INI AKAN

MENDAPAT SOKONGAN WARGA DAYAK

AMIN

DAYAK BERSATU

SARAWAK MAJU

 AMIN

TOLAK PARTI 

YANG TAK SUKA 

DAYAK BERCAWAT

AMIN

  TOLAH HEGEMONI

 MELAYU  DI SARAWAK

KHALAS

Tiada ulasan: