Rabu, 27 Oktober 2021

JANGAN BERI PELUANG SABRI CERET BERET

 




Tiada masalah tangguh bentang RUU MA63, kata KM Sarawak

TIADA masalah besar yang berbangkit susulan penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa peruntukan Perlembagaan Malaysia selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ketua Menteri Abang Johari Openg.

Jelasnya beliau dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan Peguam Negara (AG) menjelaskan lebih lanjut cadangan pindaan kepada anggota Kabinet.

“Tiada masalah, saya difahamkan oleh Wan Junaidi terdapat beberapa perkara (yang perlu penjelasan) seperti Perkara 160 mengenai definisi persekutuan. Mereka hanya mahukan penjelasan mengenai perkara tertentu, itu sahaja.

“Tiada masalah besar, ia hanya soal berkaitan pemahaman dan penjelasan oleh AG,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri satu majlis di Kuching, hari ini.

Pada 25 Oktober lalu, Wan Junaidi dilaporkan berkata Kabinet akan menetapkan tarikh baharu untuk pembentangan rang undang-undang tersebut.

Menurut Wan Junaidi penangguhan itu susulan tiada kata sepakat dicapai mengenai cadangan pindaan terhadap beberapa artikel berkaitan Perlembagaan Persekutuan semasa sesi perbincangan pada 24 Oktober lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

RUU berkenaan sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat semalam (26 Oktober), diikuti bacaan kali kedua pada 28 Oktober.

Tarikh baharu bacaan kali pertama rang undang-undang itu akan ditetapkan selepas taklimat daripada Peguam Negara berhubung perkara berkenaan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat (29 Oktober) ini. – Bernama, 27 Oktober, 2021.

DAYAK & KADAZAN

BERI TEKANAN

AMIN

TURUN KE JALAN

RAYA

AMIN

INI MASA TERBAIK

MASA KERAJAAN

LEMAH 

AMIN

JANGAN BERI

PELUANG

SABRI 

CERET BERET

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: