Selasa, 26 Oktober 2021

MASUK KAN NAJIB KE PENJARA

 


Kenapa Najib masih bebas, soal Dr Mahathir

MEMBINGUNGKAN apabila Najib Razak bebas untuk bergerak ke mana-mana dalam negara dan mendapat layanan istimewa walaupun didapati bersalah melakukan rasuah, kata Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Kes ini adalah satu kes luar biasa. Najib ni nampak sihat. Boleh pergi ke Parlimen, boleh pergi ke sana sini berkempen, tetapi tidak sihat untuk dibicara dalam mahkamah. 

“Sekarang ini dia pula boleh dapat pasport balik pergi ke negara lain. Bukan sahaja itu, dah dapat pasport pula, boleh tangguh pula pasal dia nak berkempen. Ini saya tak tahu apa jenis pemerintahan ini,” kata Dr Mahathir dalam sidang media Pejuang yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Minggu lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan pasport Najib dikembalikan untuk sementara supaya beliau boleh ke ke Singapura untuk melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang sarat mengandung.

Bagaimanapun, Najib telah meminta permohonan mahkamah baharu untuk menangguhkan perjalanannya ke Singapura bagi membolehkan beliau memantau persiapan Umno untuk pilihan raya negeri Melaka.

Dr Mahathir turut mempersoalkan kenapa hukuman penjara terhadap Najib ditangguh sedangkan sudah disabitkan dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. 

“Sepatutnya rayuan ini didengar pada bulan April, enam bulan lepas, sekarang sudah bulan Oktober, masih tak dengar rayuan lagi,” kata ahli Parlimen Langkawi.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mensabitkan bekas perdana menteri itu atas kesalahan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa, yang melibatkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC, anak syarikat 1MDB.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Najib sedang merayu sabitan itu dan dalam masa sama beliau juga berhadapan tuduhan jenayah yang lain. – 25 Oktober, 2021.


UNTUK NEGARA

SELAMAT

NAJIB

 WAJIB MASUK

PENJARA

KHALAS

UNTUK PAKATAN

MENANG PRU15

SLOGAN IALAH

MASUKKAN 

KLEPTO 

KE PENJARA

KHALAS


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Eloklah Najib ke Singapura Zahid ke Jerman biarlah mereka Dan keluarga mereka terus menetap di Sana Tak payah balik2.. duit masing2 dah banyak belanjalah sakan sememtara masih hidup.. kalau mereka Tak balik belanja perbicaraan mahkamah boleh jimat Tak perlu bazirkan masa Hakim, hakim2 Kita akan Ada banyak Masa Untuk membicarakan kesalahan rakyat biasa, banyak lagi kesalahan curi yang rakyat biasa buat seperti curi ayam, curi getah skrap, curi susu sebab takdak duit nak makan.. eloklah mereka berdua Dan keluarga masing2 menetap terus diluar negara..