Isnin, 25 Oktober 2021

NEGARA KITA KAYA




PAC dengar keterangan Zahid gagal peroleh 6 kapal peronda lebih RM9 bilion

JAWATANKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini mendengar keterangan bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi mengenai kegagalan perolehan enam kapal peronda generasi kedua jenis tempur pesisir bernilai lebih RM9 bilion.

Zahid yang menjadi menteri pertahanan antara April 2009 hingga Mei 2013 memberi keterangan hampir dua jam, kata pengerusi PAC Wong Kah Woh.

“Zahid adalah saksi keenam yang dipanggil PAC untuk isu ini yang merupakan perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan dan sehingga ke hari ini, tiada sebuah kapal LCS yang diterima Tentera  Laut Diraja Malaysia (TLDM),” katanya dalam satu kenyataan.

PAC dalam satu kenyataan sebelum ini memandang serius kegagalan kapal itu disiapkan kerana ia mendedahkan kelemahan tadbir urus, perolehan serta kewangan dan pada masa sama, memberi kesan kepada keselamatan dan pertahanan negara.

“PAC memandang serius isu ini, memandangkan sehingga Oktober 2020, sejumlah RM6.083 bilion telah dibayar namun tidak ada sebuah pun kapal LCS yang telah siap dibina walaupun mengikut jadual sepatutnya dua  kapal LCS telah siap dibina setakat ini,” kata Wong.

Pada Oktober 2020, Senator Liew Chin Tong, yang juga bekas timbalan menteri pertahanan, menggesa kerajaan menyiasat ketirisan RM1 bilion daripada pembayaran berkenaan.

Ketirisan itu didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Siasatan, Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan, yang dibentuk semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada hujung Mei 2018.

Jawatankuasa itu diberi mandat menyiasat perolehan dan pembelian aset yang mencurigakan yang dipercayai melibatkan penyelewengan, salah guna kuasa atau pembaziran wang negara.

PAC sebelum ini turut mendengar keterangan pengerusi jawatankuasa itu Ambrin Buang, yang juga bekas ketua audit negara.

Selain laporan jawatankuasa itu, isu perolehan enam kapal peronda TLDM ini turut dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019.

Empat saksi lain yang dipanggil sebelum ini ialah Ketua Setiausaha Kementah Muez Abdul Aziz, pasukan projek LCS, bekas Panglima Tentera Laut Abdul Aziz Jaafar, dan ketua pegawai operasi Boustead Naval Shipyard (BNS) Low Kok Chiang. 

BNS ialah syarikat pembina kapal yang menjadi fokus isu siasatan.

Dalam pada itu, Wong juga berkata PAC akan melawat limbungan kapal LCS milik BNS di Lumut untuk melengkapkan siasatan. – 25 Oktober, 2021.




NEGARA KITA

KAYA RAYA

AMIN

TAPI PEMIMPIN

JAHAT MENCURI

AMIN

SALAH JUGA

PADA PENGUNDI

PILIH  MEREKA

AMIN

MEREKA PAKAI

TOPENG MELAYU

AMIN

MEREKA PAKAI

TOPENG ISLAM

AMIN

PENGUNDI

MELAYU/ISLAM

TERTIPU

KHALAS

3 ulasan:

hamim berkata...

TT, apa nak hairan melayu kena tipu! Biarlah melayu kena tipu asalkan yang menipu tu melayu isle tambah lagi jika yang menipu tu dari kera jaan melayu isle, tapi jika yang menipu tu bukan melayu isle, itu salah beso, itu berdosa beso, haram patut dicari hingga kelubang cacing kerawit, melayu melayu melayu

panglimo potaseh berkata...

Selagi Zahid Totok tak di pasongkan selagi itu lah Totok ni tak bersalah lagi suci dan syumul ..

Unknown berkata...

Pasal Tu lah Tun M dah berjuta kali jngatkan Bangsa Melayu jangan Mudah Lupa.Negara kita ditakluk penjajh pun angkara pembesarx Melatu yang sanggup bersekongkol dgn penjajah asalkan ada Laba yg dipulangkan kepada mereka i.e. Kuasa, Wang Ringgit, Harta dsbnya. Dengar lagu Khalifah Aku dan Duit