Isnin, 25 Oktober 2021

AL-FATIHAH - MATI LEPAS DIVAKSIN



 

 AL-FATIHAH 

Remaja 14 tahun mati selepas divaksin ada ketumbuhan di ovari

LAPORAN bedah siasat terhadap seorang remaja berusia 14 tahun yang meninggal dunia pada 8 Oktober selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 mendapati remaja itu mempunyai ketumbuhan di ovari dan anomali struktur jantung.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Aman Rabu menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) berkata, sampel tisu dalam badan Noor Hayati Nabila Abdullah dihantar ke pakar perubatan forensik patologi Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru untuk pemeriksaan lanjut.

“Keputusan pemeriksaan lanjut itu dijangka diperoleh antara 24 hingga 28 Oktober ini. Pelbagai ujian darah dihantar ke makmal dan masih menunggu keputusan.

“Laporan bedah siasat ini dikategorikan masih belum lengkap kerana keputusan uji kaji masih belum diterima. Laporan bedah siasat yang lengkap perlu bagi mendapatkan sebab kematiannya. JKNJ mengambil perhatian di atas perkara yang sudah tular,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Aman berkata, pada 3 Oktober lalu, Noor Hayati Nabila menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 Comirnaty Pfizer dan status kesihatannya ketika pasca vaksin dalam keadaan baik, tidak menghidap demam, selesema, lemah sendi atau susah bernafas selain boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa.

Beliau berkata, Noor Hayati Nabila dibawa pegawai penyiasat balai polis Batu Pahat ke unit perubatan forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat pada 8 Oktober lalu atas sebab kematian mengejut selepas ditemukan meninggal dunia oleh ibunya di ruang tamu rumah.

“Hospital menerima permohonan bedah siasat daripada pihak polis daerah Batu Pahat. Temu bual lanjut oleh pegawai perubatan HSNI bersama waris mendapati dia tidak mempunyai sebarang jenis penyakit dan alahan,” katanya.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menerusi hantaran di laman Facebooknya mendakwa Noor Hayati Nabila meninggal dunia selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

Dalam hantaran itu, Mohd Puad yang juga Ketua Umno bahagian Batu Pahat turut meminta Kementerian Kesihatan mengeluarkan keputusan bedah siasat dengan telus dan segera. – Bernama, 23 Oktober, 2021.


 LALU TIMBUL

PERSOALAN

AMIN

JIKA DIPAKSA

JIKA DI PERSUSAH

PERJALANAN HIDUP

KALAU TAK AMBIL

VAKSIN

BILA JADI

KEMALANGAN

SEPERTI INI

APAKAH KERAJAAN

AKAN BERTANGGUNG

JAWAB

AMIN

RAKYAT PERLU

PENJELASAN

KHALAS

2 ulasan:

hamim berkata...

Minta KJ jawab, KJ berani ambil tanggung jawab? Atau KJ sanggup rakyat persusahkan hidup KJ? Ini KJ mana mali punya? Ini MP manyak sombong, ini MP bukan Ipoh mali, Ipoh mali tatak sombong, Ipoh mali kincin tatak munyi....

Yeop sepet berkata...

Ketumbuhan ovari bule sebabkan sudden death??? Kt Europe depa belum lg mandate cucuk bebudak. Noe la dpt menteri MOH bulan doktor. Baguih PH,sign lg la MOU,sign tu tanda setuju kabinet mail.pokaimak punya pembangkang.