Selasa, 5 Oktober 2021

PROJEK ABAM KENA SAILANG

 



DUN Melaka bubar, umum speaker

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan, umum speakernya Ab Rauf Yusoh, selepas pentadbiran Ketua Menteri Sulaiman Md Ali hilang majoriti semalam.

Rauf mengumumkan Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam menerima nasihat Sulaiman supaya DUN Melaka dibubarkan selepas empat Adun diketuai bekas ketua menteri Idris Haron menarik balik sokongan mereka kepadanya.

“Proklamasi pembubaran DUN Melaka diwartakan hari ini, 5 Oktober 2021,” kata Rauf.

Sulaiman kini mengetuai kerajaan sementara sehingga pilihan raya negeri diadakan, tambah Rauf.

Mengikut undang-undang tubuh negeri, pilihan raya umum perlu diadakan dalam masa 60 hari daripada tarikh DUN bubar.

Pengumuman Rauf muncul tidak lama selepas Idris mengisytiharkan beliau dan tiga Adun yang tidak menyokong pentadbiran Sulaiman setuju untuk membentuk kerajaan gabungan dengan Pakatan Harapan (PH).

Mereka mencapai kata sepakat itu setelah bersependapat pilihan raya negeri sekali lagi bukanlah pilihan terbaik sekarang di tengah penularan wabak Covid-19, kata Idris.

“Kita telah setuju untuk membentuk kerajaan bersama yang benar-benar mewakili rakyat Melaka. Ini keluarga Melaka,” katanya.

Semalam, Idris bersama seorang lagi Adun Umno Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) serta Adun Bebas Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Adun Bersatu Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) menarik balik sokongan mereka kepada Sulaiman.

Berikutan perkembangan semalam, 13 Adun (12 Umno dan seorang Bersatu) bersama kerajaan, sementara 15 Adun lagi berada dalam blok pembangkang (11 PH dan empat yang tarik sokongan). 

Awal hari ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya pilihan raya perlu diadakan di Melaka, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakannya dengan peraturan pencegahan jangkitan penyakit yang ketat.

Pilihan raya negeri juga adalah cadangan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk menyelesaikan kemelut politik di Melaka, selepas Sulaiman hilang majoriti untuk kekal menerajui kerajaan negeri. – 5 Oktober, 2021.



WOIT

KAH KAH KAH

PROJEK GAGAL

KAH KAH KAH

ABAM RANCANG

NAK TUBUH

KERAJAAN 

PAKATAN BARU

KAH KAH KAH

DAK KENA

SAILANG

KAH KAH KAH

PADAN MUKA 

 DAH JADI SABAH

 SEKALI LAGI 

KHALAS 

BERSEDIA MATI 

 KENA KOBID 

AMIN 

Tiada ulasan: