Sabtu, 16 Oktober 2021

SIASAT JUGA CUKONG

 


Malaysia mesti siasat ahli politik terbabit dalam Kertas Pandora, kata Guan Eng

SIASATAN terhadap pembabitan ahli politik terkemuka negara ini yang didedahkan dalam Kertas Pandora mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat dan kepatuhan terhadap undang-undang di Malaysia, kata Lim Guan Eng hari ini.

Setiausaha agung DAP itu mengulangi gesaannya supaya siasatan penuh dilakukan mengenai aliran keluar dana haram membabitkan ahli politik negara ini.

“Malaysia boleh mengembalikan keyakinan rakyat dan kedudukan kita dalam indeks aturan undang-undang dengan bertindak dan menghukum mereka yang terbabit serta mengesyorkan langkah ketat untuk mencegah aliran wang haram dari negara ini dan bagaimana meningkatkan ketelusan, tanggungjawab serta kerajaan yang baik,” katanya.

Beliau menyatakan kedudukan Malaysia dalam indeks aturan undang-undang global merosot daripada 1.4% kepada 0.57%, menghuni ranking ke-54 daripada 139 negara yang ditinjau dalam Indeks Peraturan Undang-Undang 2021 World Justice Project.

Bekas menteri kewangan itu berkata, ia nyata berbeza dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-47 daripada 128 negara tahun lalu.

“Kemerosotan dalam kedudukan peraturan undang-undang Malaysia memerlukan keberanian untuk menyatakan kebenaran kepada pihak berkuasa, terutama siasatan penuh mengenai aliran keluar dana haram membabitkan ahli politik aktif terkemuka seperti yang disebut dalam Kertas Pandora.”

Katanya, berdasarkan dokumen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Tabung Kewangan Antarabangsa, Malaysia menduduki tangga ketiga antara 147 negara bagi aliran keluar wang haram.

Beliau menyatakan menurut laporan 10 tahun terakhir ‘aliran kewangan tidak sah 148 negara membangun: 2006-2015’, Malaysia kerugian antara AS$22.9 bilion (RM94.22 bilion) dan AS$33.7 bilion (RM138.66 bilion) dalam aliran keluar wang haram.

Lim berkata, walaupun mendapat tekanan daripada ahli parlimen pembangkang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) “menolak dengan keras” untuk melakukan siasatan.

Beliau berkata, ia menimbulkan keraguan masyarakat mengenai kredibiliti SPRM dan juga “kecurigaan bahawa SPRM akan menutup mata apabila ahli politik aktif yang menyokong kerajaan terbabit.”

“Ahli politik yang biasanya bersikap lantang terhadap isu agama dan perkauman serta memusuhi kumpulan minoriti, berdiam diri mengenai Kertas Pandora.”

Lim juga membidas Bank Negara, menuduh bank pusat itu “menuruti SPRM” dan “berdiam diri terhadap skandal kewangan ini.”

Kemerosotan prestasi Malaysia tidak akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur dan kepercayaan masyarakat terhadap kredibiliti kerajaan untuk melindungi hak perlembagaan, katanya.

Kertas Pandora mendedahkan lebih 330 ahli politik dari 90 negara termasuk Malaysia dalam aliran wang haram yang didefinisikan oleh Global Integrity Report (GFI) sebagai dana yang diperoleh, dipindahkan, dan/atau digunakan secara haram di seluruh dunia.

Kertas Pandora - koleksi data mengandungi 11.9 juta dokumen dan 2.9 terabyte data - dikeluarkan oleh International Consortium of Investigative Journalists untuk mendedahkan kegiatan rasuah elit yang didakwa berlaku di seluruh dunia pada 3 Oktober.

Ia adalah kumpulan data curian luar pesisir terbesar dalam sejarah dengan makalah daripada penyedia perkhidmatan luar pesisir di Anguilla, Barbados, Belize, Cyprus, Dubai, Panama, Singapura, Switzerland, Seychelles, Bahamas, British Virgin Islands dan Vietnam.

Tokoh Malaysia yang disebut dalam kertas itu termasuk Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli parlimen Selayang dari PKR, William Leong. – 16 Oktober, 2021.

BUKAN HANYA

SIASAT POLITIKUS

AMIN

SIASAT JUGA

PARA CUKONG 

AMIN

JANGAN GUNAKAN

POLITIKUS 

 UNTUK

SELAMATKAN

CUKONG YANG

SEBENARNYA 

AMAT JAHAT

AMIN

BERSELINDUNG

ATAS NAMA

NIAGA

TAPI ROMPAK

DAN ROSAKAN

NEGARA

AMIN

TOWKAY LENDIR

TOWKAY JUDI

TOWKAY DADAH 

INI PUNCA RASUAH 

AMIN

MACAM MANA

JADI KAYA

KALAU TIDAK

TIPU ORANG RAMAI 

KALAU TIDAK

 BERI RASUAH

 PADA POLITIKUS

AMIN

RAMPAS HARTA

MEREKA DAN

JADIKAN DANA

NEGARA

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pak Sheikh bedegar2 sembang kencang dalam parlimen. Nak tentang golongan elit..suruh buka siasat Pandora Box..kononnya golongan elit buat pertukaran haram wang rompakkan di luar negara.
Tapi dari berzaman yang paling elit dari yang elit jual tanah pada negara luar taknak siasat . Malahan dia pegi bongkok rukuk hormat.
Boleh jalan dah Pak Sheikh nak perjuangkan rakyat marhaen.. rakyat miskin la konon. Nak tegakkan keadilan laa nak kesamarataan hasil negara la. Sembang kencang je Pak Sheikh...habuk pun tarak..

Tanpa Nama berkata...

Yang jual tanah harga murah , yang tambak pasir sampai tak jumpa Laut, Tiada pantai, Tiada tempat untuk orang biasa, projek rumah murah rakyat dalam hutan, semua ini projek cukong kayakan politikus, sama sama depa untung, rakyat Bodoh dapat lah beras 10 kg, Minyak masak 3 kg, gula 1.kg, kopi cap kapal satu, biskut hup seng satu, Maggie Mee jenama murah satu bee Hoon satu, hebat hebat hebat kah kah kah apa.lagi melayu mahu, buat condo jual satu juta mana kerat melayu dapat beli? Buat rumah ratus ribu kah kah kah konon bawa pembangunan woit apek lanchau lah lu apek, kalau tak TIPU bukan Cina,.kalau tak Bodoh bukan kah kah kah Amin demi negara bangsa agama

Tanpa Nama berkata...

Ini Bolehland ..... jgn buang masa LGE dok diam-diam nanti depa hantar sp.m ke rumah hang utk minum kopi O kaw ... lu baru tahu.