Sabtu, 30 Oktober 2021

TUNGGU HASILNYA

 



Undi18 dilaksana 1 Januari tahun depan, kata PM

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata Undi18 akan dilaksanakan bermula 1 Januari tahun hadapan seperti mana diputuskan Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak sebelum ini.

Beliau berkata Kabinet telah membuat keputusan untuk tidak merayu keputusan berkenaan walaupun sebelum ini pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa persediaan ke arah pelaksanaannya hanya boleh dibuat menjelang September tahun hadapan.

“Bila mahkamah buat keputusan, kerajaan boleh merayu keputusan ini, tetapi bagi menghargai dan menghormati anak-anak muda, Kabinet telah putuskan kita tidak akan merayu keputusan dibuat Mahkamah Sarawak.

“Tidak merayu bermakna keputusan kekal, bermakna tarikh akhir 31 Disember (untuk laksanakan Undi18), dan 1 Januari bermulalah pendaftaran automatik untuk pengundi 18 tahun,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara peringkat Kebangsaan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu. – Bernama, 30 Oktober, 2021.

KITA SEMUA

TUNNGU HASILNYA

AMIN

APAKAH BAWA

PERUBAHAN

 AMIN

APAKAH ORANG

MUDA BERANI

BUAR PERUBAHAN

RADIKAL

KHALAS

1 ulasan:

Yeop sepet berkata...

Budak muda fedup dgn kerajaan skg,Dan budak muda sume tau Anwar suke jambu anak ikan.harap2 3rd force ada utk bh option utk budak muda.jgn mimpi la umno, budak 2 bukan bodo,zmn muda org2 tua dlm umno Tak sama dgn zmn budak muda skg.budak zmn skg bukan bule bulat2 tipu depa,google ada depa rujuk.