Khamis, 28 Oktober 2021

TURUN TAPI LASIH 70,000+++

 



Kes aktif Covid-19 turun kepada 71,713

KES aktif Covid-19 Malaysia menurun dari 73,258 sehari sebelumnya kepada 71,713 setakat tengah malam semalam, lapor Kementerian Kesihatan.

Menurut laman web CovidNow Kementerian Kesihatan, kes aktif di negara ini menyaksikan trend menurun sejak 18 hari lalu. Ini mungkin diseabkan oleh kadar vaksinasi yang tinggi di negara ini.

Sementara itu, daripada 6,148 kes baharu semalam dengan Lembah Klang yang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya menyumbang 1,509 daripada jangkitan itu.

Selangor mencatatkan 1,222 kes, Kuala Lumpur (273) dan Putrajaya (14).

Kes di Selangor adalah paling banyak berbanding negeri lain semalam diikuti oleh Sarawak (780) dan Kelantan (612).

Negeri lain yang melaporkan kes baharu ialah Sabah (585), Johor (555), Pulau Pinang (325), Kedah (496), Terengganu (290), Perak (251), Melaka (156), Pahang (365), Negeri Sembilan (176), Perlis (42) dan Labuan (6).

Hanya 1,359 daripada jumlah keseluruhan kes dimasukkan ke hospital.

Dalam tujuh hari yang lalu, kemasukan ke hospital menurun sebanyak 20%. Purata kemasukan tujuh hari ialah 1,319 dengan penggunaan katil pada 68%.

Walaupun Selangor secara konsisten mencatatkan kebanyakan kes sepanjang minggu lalu, negeri itu melaporkan penurunan 19% dalam kemasukan ke hospital sejak tujuh hari lalu.

Secara purata, sepanjang minggu lalu Selangor mencatatkan 307 kemasukan ke hospital manakala penggunaan katil pada 55%.

Sementara itu dalam kalangan kes aktif, 55,371 pesakit dikuarantin di rumah, 9,611 di pusat kuarantin berisiko rendah dan 6,169 dimasukkan ke hospital.

Pesakit di unit rawatan rapi juga menurun kepada 562 di mana 292 memerlukan alat bantuan pernafasan. – 28 Oktober, 2021.
 

TURUN ADA

ANGKA TURUN

AMIN

TAPI ANGKA

MASIH 70000+++

AMIN

INI MASIH

MENAKUTAN

KHALAS

Tiada ulasan: